Wednesday, 20 May 2015
Wednesday, 6 May 2015
Kesihatan Pergigian Kanak-kanak : Penjagaan Kesihatan Pergigian
Penjagaan kesihatan pergigian yang baik boleh dipupuk dengan amalan berikut :
1. Menjaga kebersihan mulut dan gigi
![]() |
| Gunakan tuala yang bersih dan lembut untuk membersih gigi anak anda setiap kali selepas makan atau menyusu |
![]() |
| Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak mereka yang berumur di bawah 6 atahun |
![]() |
| Gunakan ubat gigi berfluorida tidak lebih dari sebesar biji kacang soya |
2. Berilah anak air masak kosong di antara waktu menyusu
3. Latih anak minum menggunakan cawan sebaik sahaja gigi susu mula tumbuh
4. Hentikan penggunaan botol dengan cara berperingkat
5. Bawa anak untuk pemeriksaan pergigian apabila berumur 1-3 tahun.
Pemeriksaan pergigian secara berkala adalah penting bagi mendapatkan nasihat dan rawatan pencegahan. Sebarang masalah pergigian juga dapat dirawat pada peringkat awal.
![]() |
| Biasakan anak anda dengan anggota beruniform yang bertugas dan bilik rawatan. |
Friday, 1 May 2015
Wednesday, 22 April 2015
Kesihatan Pergigian Kanak-kanak : Karies Awal Di Kalangan Kanak-kanak
![]() |
| Karies Awal Kanak-kanak |
Kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia juga dikenali sebagai karies awal kanak-kanak atau gigi berlubang melibtakan satu atau lebih batang gigi.
![]() |
| Peringkat Kejadian Karies Awal Kanak-kanak |
Karies awal di kalangan kanak-kanak merupakan pereputan gigi pada kanak-kanak berpunca daripada amalan penyusuan yang kurang baik seperti membiarkan anak tidur sambil menghisap susu, jus atau minuman manis daripada botol.
Apabila anak tidur sambil menghisap minuman tersebut dari botol, minuman tersebut akan berkumpul di dalam mulut terutamanya pada permukaan gigi hadapan sepanjang waktu tidur mereka. Tindak balas di antara bakteria yang berada dalam mulut dan minuman tersebut akan menyebabkan gigi rosak.
Apakah Akibat Kerosakan Gigi Pada Kanak-kanak
Gigi yang rosak jika dibiarkan boleh mengakibatkan :
- Kesakitan
- Bengkak pada gusi / pipi / muka
- Kesukaran mengunyah makanan / menyusu
- Tumbesaran terganggu
- Masalah pertuturan
- Masalah emosi
![]() |
| Contoh kanak-kanak yang mengalami bengkak pada pipi kerana karies gigi |
Wednesday, 8 April 2015
Kesihatan Pergigian Kanak-kanak : Pertumbuhan Gigi Susu
Bilakah Gigi Susu Mula Tumbuh?
Gigi susu yang pertama (gigi kacip rahang bawah) akan tumbuh ketika anak berusia antara 6-10 bulan. Gigi susu yang terakhir (gigi geraham kedua rahang atas) akan tumbuh sekitar usia anak 25-33 bulan.
Set gigi susu lengkap apabila anak berusia lebih kurang dua tahun enam bulan.
Apabila gigi susu tanggal pada waktu yang betul, ia akan digantikan dengan gigi kekal.
![]() |
| Jadual Pertumbuhan Gigi Susu |
![]() | ||
| Ilustrasi Kronologi Pertumbuhan Gigi Susu (kebiasaannya gigi di rahang bawah akan tumbuh lebih awal daripada gigi rahang atas) |
Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :
- menangis kerana tidak selesa
- suka menggigit
- melelehkan air liur
- demam
Sekiranya anak anda mengalami masalah di atas, anda boleh :
- mengurut gusi yang membengkak dengan jari atau tuala bersih
- memberi anak sesuatu yang selamat dan bersih untuk digigit seperti 'teething ring'
- menyapu sedikit ubat gel penahan sakit (teething gel)
- membawa anak ke klinik jika anak demam
![]() |
| Contoh 'teething ring' |
![]() |
| Teething Gel |
Sumber
Booklet 'Si Comel dan Kesihatan Pergigian' BKPKKM
Wednesday, 18 March 2015
Kesihatan Pergigian Kanak-kanak : Fungsi Gigi Susu
Pembentukan gigi bermula seawal dari dalam rahim lagi pada usia janin enam minggu. Makan secara sihat adalah penting untuk kesihatan ibu dan pertumbuhan sempurna gigi dan tulang anak.
Setelah bayi lahir, gigi susu yang akan tumbuh penting untuk tumbesaran dan pertuturan anak anda.
Fungsi Gigi
Walaupun gigi susu akan tanggal dan digantikan dengan gigi kekal, gigi susu tetap penting untuk :
Mengunyah makanan
Jika gigi susu rosak, ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar untuk makan kerana sakit atau rongak. Ini boleh menyebabkan mereka kekurangan zat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk tumbesaran yang sihat.
Pertuturan
Posisi gigi pada rahang membantu kanak-kanak menyebut perkataan dengan jelas. Ini penting kerana pada peringkat inilah peringkat kanak-kanak belajar bertutur dengan baik.
Menjadi panduan kepada gigi kekal supaya tumbuh dengan teratur
Gigi susu yang hilang terlalu awal boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh secara tidak teratur.
Penampilan yang cantik
Gigi susu yang rosak boleh menyebabkan penampilan kanak-kanak kurang menarik dan mungkin dijadikan bahan ejekan oleh rakan-rakan, seterusnya menyebabkan perasaan rendah diri dan boleh mengganggu perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut.
Sumber :
Booklet 'Si Comel dan Kesihatan Pergigian' BKPKKM
Wednesday, 4 March 2015
Rawatan Ortodontik : Cara Penjagaan Aplians dan Kesihatan Pergigian Anda (Bahagian 2)
Cara Penjagaan Kebersihan Aplians Boleh Tanggal (removable appliance) / Aplians Fungsi (functional appliance) / Aplians Pemegang (retainer)
- Keluarkan aplians dari mulut terlebih dahulu.
- Bersihkan permukaan gigi menggunakan berus gigi dan ubat gigi berfluorida.
- Gunakan berus gigi dan ubat gigi untuk membersih semua bahagian aplians sehingga bersih.
Aplians Ortodontik Boleh Rosak?
Dawai mungkin patah dan terjulur keluar, plat patah sekiranya aplians tidak dijaga dengan baik.
Oleh Itu Pastikan Anda...
- Tidak mengunyah makanan yang keras
- Hindari pengambilan makanan yag melekit seperti dodol dan gula-gula getah
- Elakkan minum minuman berkarbonat
- Tidak mengamalkan tabiat menghisap jari atau menggigit kuku
- Simpan aplians boleh tanggal di dalam bekas yang sesuai semasa tidak memakainya.
![]() |
| Bekas penyimpanan aplians boleh tanggal |
| Bekas penyimpanan aplians boleh tanggal |
Dapatkan rawatan segera di klinik pergigian berhampiran sekiranya aplians anda rosak.
Sumber :
Pamplet 'Rawatan Ortodontik' terbitan BKP KKM
Wednesday, 18 February 2015
Rawatan Ortodontik : Cara Penjagaan Aplians dan Kesihatan Pergigian Anda (Bahagian 1)
Cara Penjagaan Kebersihan Semasa Memakai Aplians Tetap (fixed appliance)
- Berus gigi anda sehingga bersih setiap kali selepas makan. Gunakan cermin muka untuk membantu.
- Gunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida dan berus gigi yang sesuai. Berus gigi khas untuk pengguna aplians tetap ortodontik juga boleh digunakan.

Berus gigi khas untuk pengguna aplians ortodontik - Letakkan berus gigi pada sudut 45' pada gusi dan beri tekanan yang lembut. Berus gigi dan gusi menggunakan pergerakan bulatan dengan perlahan.
- Pada permukaan mengunyah, pegang berus gigi mendatar dan beruskan ke luar dan ke dalam.
- Jangan lupa untuk memberus aplians ortodontik. Tekan bulu berus gigi dengan perlahan supaya masuk ke celah-celah gigi dan aplians ortodontik. Bersihkan kawasan di belakang dawai dan keliling braket.
- Berus gigi kecil yang khas (interdental brush) juga boleh digunakan untuk membantu membersihkan celah-celah gigi dan aplians ortodontik dengan lebih berkesan.
Interdental brush

Penggunaan interdental brush - Flos juga perlu digunakan untuk membantu membersihkan permukaan gigi yang tidak dapat dibersihkan semasa memberus gigi. Flos khas (superfloss) dengan hujung yang keras boleh dimasukkan ke celah gigi dan aplians ortodontik. Gerakkan flos ke atas dan ke bawah beberapa kali dan lengkokkan keliling gigi dan leher gigi.

Superfloss

Penggunaan superfloss
Video demonstrasi tentang cara penggunaan superfloss :
Aplians Ortodontik Boleh Rosak?
Dawai mungkin patah dan terjulur keluar, atau braket longgar sekiranya aplians tidak dijaga dengan baik.
Oleh Itu Pastikan Anda...
- Tidak mengunyah makanan yang keras
- Hindari pengambilan makanan yag melekit seperti ddol dan gula-gula getah
- Elakkan minum minuman berkarbonat
- Tidak mengamalkan tabiat menghisap jari atau menggigit kuku
Dapatkan rawatan segera di klinik pergigian berhampiran sekiranya aplians anda rosak.
Sumber :
Wednesday, 4 February 2015
Rawatan Ortodontik : Kesan Buruk Pada Gigi Jika Kebersihan Tidak Dijaga Ketika Pemakaian Aplians
Cuba anda lihat ke dalam cermin muka.
Anda akan dapati aplians ortodontik yang dipakai mempunyai braket dan
dawai yang boleh menyebabkan makanan mudah melekat pada gigi.
Gusi
anda akan mudah berdarah dan gigi anda akan rosak sekiranya kebersihan
mulut diabaikan.
Video di bawah menerangkan tentang kesan buruk pada
gigi apabila kebersihan gigi tidak dijaga ketika menggunakan aplians
ortodontik.
Untuk menghindari dari terjadinya kesan buruk ini kepada gigi dan gusi anda, anda perlulah menjaga kebersihan gigi dan aplians dengan sebaiknya sepanjang tempoh anda di dalam rawatan ortodontik. Untuk teknik penjagaan kebersihan gigi dan aplians dengan betul, sila rujuk post kami yang seterusnya.
Sumber :
Pamplet 'Rawatan Ortodontik" terbitan BKP KKM
Wednesday, 21 January 2015
Rawatan Ortodontik : Ketahui Jenis-jenis Aplians Ortodontik
Gigi yang tidak tersusun boleh dirawat dengan rawatan ortodontik. Terdapat beberapa jenis aplians ortodontik yang digunakan untuk tujuan tersebut :
- Aplians Tetap
- Aplians Boleh Tanggal
- Aplians Fungsi
- Aplians Pemegang
APLIANS TETAP (fixed appliance)
![]() |
| Aplians tetap |
- Aplians ini dilekatkan pada permukaan gigi dan disambung dengan menggunakan dawai khas.
- Alat tambahan seperti gelung getah atau spring kadangkala digunakan.
- Fungi aplians ini adalah untuk menggerakkan gigi.
APLIANS BOLEH TANGGAL (removable appliance)
![]() |
| Aplians boleh tanggal |
![]() |
| Aplians boleh tanggal di dalam mulut |
- Aplians ini diperbuat daripada akrilik yang mempunyai cangkuk dawai.
- Spring mungkin dilekatkan bersama alat ini untuk mengawal pergerakan gigi.
- Aplians ini hendaklah dipakai sepanjang masa.
- Aplians ini boleh ditanggalkan dari mulut apabila melakukan aktiviti seperti memberus gigi, berenang, makan atau bersukan.
APLIANS FUNGSI (functional appliance)
![]() |
| Aplians fungsi |
![]() |
| Penggunaan aplians fungsi di dalam mulut |
- Aplians ini bertindak ke atas gigi di rahang atas dan gigi di rahang bawah secara serentak.
- Ia digunakan untuk menggalakkan perkembangan tulang rahang dan membaiki gigitan.
APLIANS PEMEGANG (retainer)
![]() |
| Salah satu contoh aplians pemegang |
![]() |
| Aplians pemegang |
![]() |
| Penggunaan aplians pemegang di dalam mulut |
- Aplians ini biasanya digunakan di fasa akhir rawatan di mana ia berfungsi mengekalkan gigi pada kedudukan yang baru.
- Gigi boleh berganjak. Oleh itu pemakaian aplians ini penting untuk mengawal dan menghadkan pergerakan gigi supaya gigi akan terus tersusun dengan baik.
Sumber :
Pamplet 'Rawatan Ortodontik' terbitan BKP KKM
Wednesday, 7 January 2015
Rawatan Ortodontik : Menyusun Gigi Menjadi Lebih Teratur
Apa Itu Rawatan Ortodontik
Rawatan
ortodontik adalah rawatan untuk merawat masalah gigi yang bertindih,
terpusing, terkeluar mencucuk bibir atau jongang supaya susunan gigi
lebih teratur
Mengapa Gigi Menjadi Tidak Teratur?
![]() |
| Contoh masalah susunan gigi yang tidak teratur |
Mengapa Gigi Menjadi Tidak Teratur?
Masalah gigi tidak teratur mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Faktor keturunan
- Saiz tulang rahang dan gigi yang tidak seimbang
- Bentuk gigi yang tidak normal
- Kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal
- Tabiat yang tidak baik seperti menghisap jari atau puting tiruan
Bilakah Rawatan Ortodontik Boleh Dimulakan
Rawatan ortodontik boleh dipertimbangkan sebaik sahaja masalah susunan gigi dikesan.
Kebanyakan masalah ini lebih mudah dirawat jika dikenalpasti lebih awal.
Rawatan Ortodontik Mungkin Melibatkan:
- Cabutan beberapa batang gigi jika perlu
- Pemakaian aplians ortodontik tetap atau yang boleh tanggal
- Rasa tidak selesa atau sakit semasa pemakaian aplians
Berapa Lama Anda Perlu Memakai Aplians Ortodontik?
Jangka masa rawatan berkait rapat dengan kerumitan masalah susunan gigi yang dialami dan kerjasama pesakit. Purata tempoh rawatan adalah selama lebih kurang dua tahun.
Di Manakah Rawatan Ortodontik Boleh Diperolehi?
Beberapa klinik pergigian kerajaan dan swasta ada menyediakan rawatan ortodontik. Dapatkan pemeriksaan di mana-mana klinik pergigian berhampiran. Doktor pergigian akan merujuk anda ke Pakar Ortodontik sekiranya didapati anda memerlukan rawatan tersebut.
Di perkhidmatan kerajaan, keutamaan diberikan kepada murid-murid sekolah di bawah 18 tahun.
Di Negeri Sembilan, rawatan kepakaran ortodontik ada disediakan di beberapa klinik, antaranya Pusat Pakar Pergigian, Klinik Pergigian Senawang, Klinik Pergigian Seremban 2, Klinik Pergigian Port Dickson, dan Klinik Pergigian Tampin. Untuk mendapatkan rawatan kepakaran ini, anda perlu berjumpa dengan doktor pergigian dan mendapatkan rujukan terlebih dahulu.
Di Negeri Sembilan, rawatan kepakaran ortodontik ada disediakan di beberapa klinik, antaranya Pusat Pakar Pergigian, Klinik Pergigian Senawang, Klinik Pergigian Seremban 2, Klinik Pergigian Port Dickson, dan Klinik Pergigian Tampin. Untuk mendapatkan rawatan kepakaran ini, anda perlu berjumpa dengan doktor pergigian dan mendapatkan rujukan terlebih dahulu.
Apakah Kesan Sampingan Rawatan Ortodontik?
Sekiranya penjagaan kesihatan pergigian dan arahan pemakaian aplians ortodontik diabaikan, anda mungkin mengalami kesan sampingan berikut :
- Kerosakan gigi
- Penyakit gusi
- Gigi kembali tidak teratur
Untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut, pastikan anda mematuhi arahan yang diberi, jaga kebersihan gigi dan pakai aplians dengan baik.
- Tepati temujanji yang telah diberikan
- Ikut nasihat oleh Pakar Ortodontik
*Untuk pertanyaan lebih lanjut tentang rawatan ini di klinik kerajaan, anda dialu-alukan untuk pergi ke klinik-klinik kerajaan berhampiran atau hubungi kami. Direktori dan senarai klinik mengikut daerah boleh dicapai di sini.
Sumber :
Pamplet 'Rawatan Ortodontik' terbitan BKP KKM
Saturday, 3 January 2015
Thursday, 25 December 2014
Saturday, 25 October 2014
Wednesday, 22 October 2014
Sunday, 5 October 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)











































