Wednesday, 24 February 2016

Pengenalan Kepada Rawatan Korona Pergigian

KENALI KORONA PERGIGIAN (CROWN)

  • Sejenis prostesis pergigian yang menyarung gigi atau implan pergigian
  • Menyerupai saiz dan bentuk asal gigi atau direkabentuk mengikut saiz, bentuk dan warna yang dikehendaki/dipilih
  • Crown dibuat khusus selepas penyediaan gigi oleh doktor pergigian
Ringkasan kaedah penyediaan gigi untuk rawatan crown

JENIS-JENIS KORONA


  1. Logam
  2. Gabungan logam & porselin 
  3. Porselin


BILAKAH RAWATAN KORONA DIPERLUKAN?





UNTUK MERAWAT GIGI YANG ROSAK TERUK




APABILA GIGI BERUBAH WARNA



UNTUK MERAWAT GIGI YANG PATAH


DIPASANG SELEPAS RAWATAN IMPLAN


UNTUK GIGI SETELAH SELESAI RAWATAN AKAR

    
    MENGUKUHKAN GIGI YANG MEMPUNYAI TAMPALAN BESAR
    

Wednesday, 10 February 2016

Rawatan Pemutihan Gigi


ANDA INGINKAN GIGI YANG LEBIH CERAH DARI WARNA ASAL? 


 

Pemutihan gigi vital (hidup) boleh dilakukan menggunakan produk pemutihan gigi di rumah (at home bleaching) atau mendapatkan rawatan di klinik pergigian (in-office bleaching).



PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN MEMUTIHKAN GIGI


 

KEADAAN YANG SESUAI UNTUK RAWATAN INI


  • Adalah penting untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian terlebih dahulu untuk :
    • Menilai kesesuaian rawatan 
    • Mengenalpasti punca gigi berubah warna
    • Memastikan gigi dan gusi dalam keadaan baik sebelum rawatan  


PRODUK PEMUTIHAN DI RUMAH

  • Selamat jika dibeli di farmasi atau secara preskripsi oleh Doktor Pergigian
  • Elakkan dari membeli produk pemutihan gigi yang dipasarkan secara online dan juga di salun kecantikan kerana produk seperti ini tidak dijamin keselamatannya


KESAN SAMPINGAN RAWATAN

  • Rasa ngilu (sensitif) terhadap makanan dan minuman sejuk semasa atau selepas rawatan
  • Rasa tidak selesa pada gusi, sakit tekak atau mendapati tompok putih di pinggir gusi
  • Kesan ini sementara sahaja dan akan hilang dalam beberapa hari selepas selesai rawatan
  • Sila dapatkan pemriksaan pergigian jika kesan sampingan ini berlarutan

TAHAP KEJAYAAN RAWATAN

  • Tahap kejayaan rawatan bergantung kepada individu
  • Secara amnya, gigi akan kekal cerah selama lebih kurang  tiga tahun
  • Kesannya akan menjadi lebih singkat jika anda seorang perokok atau kerap mengambil makanan dan minuman yang boleh meninggalkan kesan pada warna gigi



 KLINIK PERGIGIAN KERAJAAN TIDAK MENAWARKAN RAWATAN INI SECARA RUTIN.

IA DILAKUKAN KHAS UNTUK MEREKA YANG AMAT MEMERLUKANNYA SAHAJA.

Wednesday, 13 January 2016

Fake Braces - Trend Yang Merbahaya!

Contoh Fake Braces

 APAKAH ITU FAKE BRACES?

  •  Pendakap tiruan yang dipasang pada gigi yang menyerupai pendakap gigi (braces) sebenar (aplian tetap ortodontik)
  • Dipasang oleh mereka yang tidak bertauliah dan tidak bertanggungjawab
  • TIDAK berfungsi seperti aplian tetap ortodontik
  • Dipakai kerana dianggap sebagai fesyen dan mengikut trend
  • Gambar-gambar ‘testimoni’ di dalam iklan fake braces kebiasaannya diambil dari testimoni aplian tetap ortodontik

PERBEZAAN ANTARA APLIAN TETAP ORTODONTIK DAN FAKE BRACES


 

KESAN FAKE BRACES

  • Gam yang dilekatkan pada permukaan gigi boleh menyebabkan gigi terhakis
  • Boleh menyebabkan terjadi karies gigi (gigi berlubang) dan gusi berdarah
  • Boleh menyebabkan pergerakan gigi yang tidak normal dan mengakibatkan gigi mati atau kecederaan pada tulang penyokong gigi dan gusi
Kecederaan pada gigi dan gusi kesan penggunaan fake braces

Keratan suratkhabar tentang kesan buruk penggunaan fake braces

Kes yang terjadi di luar negara kesan dari penggunaan fake braces

APAKAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN JIKA ANDA MEMAKAI FAKE BRACES?


  • SEGERA mengunjungi klinik pergigian untuk dapatkan pemeriksaan
  • Anda akan dirujuk kepada Pakar Pergigian Ortodontik untuk menanggalkan pendakap tiruan tersebut dan memastikan tiada sebarang kerosakan pada gigi dan struktur tulang dan gusi



Wednesday, 12 August 2015

Venir Pergigian ~ Mencipta Senyuman Anggun



Apa Itu Venir Pergigian


  • Adalah satu cara konservatif bagi memperbaiki, mencantikkan gigi atau melindungi permukaan gigi yang rosak
  • Selapisan nipis bahan tampalan komposit atau porselin akan dilekatkan kepada permukaan gigi

Kelebihan Rawatan Venir Pergigian


  • Prosedur ini hanya memerlukan pengikisan 0.5mm lapisan enamel sahaja
  • Tidak memerlukan penggunaan ubat bius setempat
  • Penggunaan bahan seramik seperti kaca dan kelihatan seakan-akan gigi asli


Bilakah Rawatan Venir Pergigian Sesuai Dilakukan?


Venir pergigian digunakan untuk rawatan kosmetik kepada beberapa masalah pergigian seperti :

Merawat gigi yang terserpih atau merekah

Menukar warna gigi kepada yang lebih cerah

Menutup ruangan antara gigi


Memperbaiki bentuk gigi dan penjajaran gigi

Memperbaiki kedudukan gigi yang sedikit tidak teratur

Membetulkan saiz gigi supaya kelihatan normal

Penjagaan Kesihatan Pergigian Selepas Rawatan Venir

  • Memberus gigi 2 kali sehari
  • Memflos gigi sekurang-kurangnya sekali sehari
  • Elakkan menggigit benda keras menggunakan gigi yang mempunyai venir
  • Dapatkan pemeriksaan gigi berkala sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.




Sumber :
Pamplet 'Venir Pergigian'
Bahagian Kesihatan Pergigian
Kementerikan Kesihatan Malaysia

Wednesday, 22 July 2015

Rawatan Kecemasan Gigi Tertanggal

Kerapkali kita berdepan dengan situasi di mana kemalangan kecil berlaku yang menyebabkan gigi kekal tercabut dari soket. Perkara begini sering berlaku terutamanya di sekolah ketika bersukan. 

Jika ia berlaku, ikuti langkah-langkah yang dipaparkan dalam infografik berikut bagi memastikan  gigi tersebut dapat diselamatkan.

(Sila click infografik di bawah utk resolusi yang lebih jelas)


Wednesday, 6 May 2015

Kesihatan Pergigian Kanak-kanak : Penjagaan Kesihatan Pergigian

Penjagaan kesihatan pergigian yang baik boleh dipupuk dengan amalan berikut :

1. Menjaga kebersihan mulut dan gigi

Gunakan tuala yang bersih dan lembut untuk
membersih gigi anak anda setiap kali selepas
 makan atau menyusu

Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak
mereka yang berumur di bawah 6 atahun

Gunakan ubat gigi berfluorida tidak lebih
dari sebesar biji kacang soya

2. Berilah anak air masak kosong di antara waktu menyusu

3. Latih anak minum menggunakan cawan sebaik sahaja gigi susu mula tumbuh


4. Hentikan penggunaan botol dengan cara berperingkat

5. Bawa anak untuk pemeriksaan pergigian apabila berumur 1-3 tahun. 
Pemeriksaan pergigian secara berkala adalah penting bagi mendapatkan nasihat dan rawatan pencegahan. Sebarang masalah pergigian juga dapat dirawat pada peringkat awal.

Biasakan anak anda dengan anggota beruniform yang
bertugas dan bilik rawatan.


Wednesday, 22 April 2015

Kesihatan Pergigian Kanak-kanak : Karies Awal Di Kalangan Kanak-kanak

Karies Awal Kanak-kanak

Kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia juga dikenali sebagai karies awal kanak-kanak atau gigi berlubang melibtakan satu  atau lebih batang gigi.

Peringkat Kejadian Karies Awal Kanak-kanak

Karies awal di kalangan kanak-kanak merupakan pereputan gigi pada kanak-kanak berpunca daripada amalan penyusuan yang kurang baik seperti membiarkan anak tidur sambil menghisap susu, jus atau minuman manis daripada botol.

Apabila anak tidur sambil menghisap minuman tersebut dari botol, minuman tersebut akan berkumpul di dalam mulut terutamanya pada permukaan gigi hadapan sepanjang waktu tidur mereka. Tindak balas di antara bakteria yang berada dalam mulut dan minuman tersebut akan menyebabkan gigi rosak.

*Gambar sekadar hiasan


Apakah Akibat Kerosakan Gigi Pada Kanak-kanak


Gigi yang rosak jika dibiarkan boleh mengakibatkan :
  • Kesakitan
  • Bengkak pada gusi / pipi / muka
  • Kesukaran mengunyah makanan / menyusu
  • Tumbesaran terganggu
  • Masalah pertuturan
  • Masalah emosi
Contoh kanak-kanak yang mengalami bengkak
pada pipi kerana karies gigi


Wednesday, 8 April 2015

Kesihatan Pergigian Kanak-kanak : Pertumbuhan Gigi Susu

Bilakah Gigi Susu Mula Tumbuh?


Gigi susu yang pertama (gigi kacip rahang bawah) akan tumbuh ketika anak berusia antara 6-10 bulan. Gigi susu yang terakhir (gigi geraham kedua rahang atas) akan tumbuh sekitar usia anak 25-33 bulan.

Set gigi susu lengkap apabila anak berusia lebih kurang dua tahun enam bulan.

Apabila gigi susu tanggal pada waktu yang betul, ia akan digantikan dengan gigi kekal. 

Jadual Pertumbuhan Gigi Susu

Ilustrasi Kronologi Pertumbuhan Gigi Susu
(kebiasaannya gigi di rahang bawah akan tumbuh lebih awal daripada gigi rahang atas)



Dalam proses pertumbuhan gigi, anak anda mungkin :
  • menangis kerana tidak selesa
  • suka menggigit
  • melelehkan air liur
  • demam

Sekiranya anak anda mengalami masalah di atas, anda boleh :
  • mengurut gusi yang membengkak dengan jari atau tuala bersih
  • memberi anak sesuatu yang selamat dan bersih untuk digigit seperti 'teething ring'
  • menyapu sedikit ubat gel penahan sakit (teething gel)
  • membawa anak ke klinik jika anak demam 

Contoh 'teething ring'

Teething Gel


Sumber
Booklet 'Si Comel dan Kesihatan Pergigian' BKPKKM


Wednesday, 18 March 2015

Kesihatan Pergigian Kanak-kanak : Fungsi Gigi Susu


Pembentukan gigi bermula seawal dari dalam rahim lagi pada usia janin enam minggu. Makan secara sihat adalah penting untuk kesihatan ibu dan pertumbuhan sempurna gigi dan tulang anak.

Setelah bayi lahir, gigi susu yang akan tumbuh penting untuk tumbesaran dan pertuturan anak anda.


Fungsi Gigi


Walaupun gigi susu akan tanggal dan digantikan dengan gigi kekal, gigi susu tetap penting untuk :

Mengunyah makanan 

Jika gigi susu rosak, ia akan menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar untuk makan kerana sakit atau rongak. Ini boleh menyebabkan mereka kekurangan zat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan untuk tumbesaran yang sihat. 


 

Pertuturan

Posisi gigi pada rahang membantu kanak-kanak menyebut perkataan dengan jelas. Ini penting kerana pada peringkat inilah peringkat kanak-kanak belajar bertutur dengan baik.


 Menjadi panduan kepada gigi kekal supaya tumbuh dengan teratur

Gigi susu yang hilang terlalu awal boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh secara tidak teratur.


 Penampilan yang cantik

Gigi susu yang rosak boleh menyebabkan penampilan kanak-kanak kurang menarik dan mungkin dijadikan bahan ejekan oleh rakan-rakan, seterusnya menyebabkan perasaan rendah diri dan boleh mengganggu perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut.


Sumber :
Booklet 'Si Comel dan Kesihatan Pergigian' BKPKKM