Wednesday 7 May 2014

Juruteknologi Pergigian

Sekiranya anda seorang yang kreatif, mempunyai kecekapan tangan yang baik (good manual dexterity) serta minat bekerja sebagai Paramedik (Allied Health) di Kementerian Kesihatan maka anda dipelawa memohon untuk menjalani kursus latihan Juruteknologi Pergigian


Deskripsi Tugas
  • Merangka, memproses dan menghasilkan aplians pergigian seperti prostetik, ortodontik, maksilo-fasial dan restoratif






  • Merekabentuk aplians bersama-sama dengan Pegawai Pergigian dan/atau Pakar Pergigian di dalam surgeri secara terus mengenai pembuatan kes-kes aplians kepada pesakit tertentu
  • Menguruskan perolehan, penyelenggaraan dan pembaikan alat kelengkapan pergigian


Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Jantina : Lelaki dan Perempuan
  • Umur : 
    • Calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan 
    • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Latihan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Kelulusan : 
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan 
    • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan 
    • Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik, dan 
    • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan
  • Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) : 
    • Pembantu Pembedahan Pergigian yang telah disahkan dalam perkhidmatan 
    • Mempunyai kelulusan seperti di atas 
    • Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan


Tempat Latihan
  • Sektor Awam : Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

Kolej Latihan Pergigian Malaysia


  • Sektor Swasta : Universiti MAHSA 
Universiti MAHSA, Kampus Pusat Bandar Damansara



Cara Memohon

Sesi pengambilan bagi Latihan Juruteknologi Pergigian (Separa Perubatan) dijalankan 2 kali setahun (sesi kemasukan Januari dan Julai)

Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Pendaftaran Pekerjaan Dalam PerkhidmatanAwam (SPA8i).




Elaun dan Biasiswa*

Biasiswa bulanan :RM835.57 sebulan

Penginapan, pakaian seragam dan kasut juga disediakan

(*tertakluk kepada perubahan semasa)


Struktur Latihan

Tempoh Latihan : 3 tahun (6 semester)



Peluang Pekerjaan


Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Teknologi Pergigian dan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Juruteknologi Pergigian Gred U29
  • Wajib berkhidmat dengan kerajaan selama 5 tahun (bagi tajaan kerajaan)
  • Peluang pekerjaan ini juga terdapat di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan sektor swasta
  • Pelatih yang tidak terikat dengan kerajaan boleh berkhidmat dengan mana-mana hospital/klinik swasta atau bekerja sendiri.
  • Gaji permulaan (sektor awam) : RM1687.59
  • Elaun (sektor awam) : 
    • Imbuhan tetap khidmat awam : dari RM160.00 
    • Imbuhan tetap perumahan : RM180.00 
    • Bantuan sara hidup mengikut tempat bertugas
(Tertakluk kepada perubahan semasa. Sila layari laman web http://www.jpa.gov.my untuk maklumat terkini)


Prospek Kerjaya

Juruteknologi Pergigian Terlatih Gred U29 yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat selama 5 tahun layak memohon : 
  • Kenaikan pangkat Gred U32, U36, U38, U40 (tertakluk kepada perubahan dan prestasi)
  • Mengikuti kursus Pos-basik
  • Bagi jawatan Pengajar di KLPM, Jururawat Pergigian hendaklah mempunyai ijazah dalam bidang berkaitan

Sumber:





No comments:

Post a Comment