Wednesday 9 April 2014

Pilihan Kerjaya Dalam Bidang Pergigian



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Selamat Tahun Baru 2014 diucapkan kepada semua. 

Kepada adik-adik yang telah menduduki SPM / STPM pada tahun lepas, sudah tentu kini adik-adik tengah mencanak bidang apakah yang patut atau perlu dipohon bagi adik-adik melanjutkan pelajaran.


Pelbagai faktor yang adik-adik perlu ambil kira dalam memilih jurusan dalam melanjutkan pengajian. Antaranya adalah pencapaian akademik dan minat adik-adik. Pilihan keluarga juga kadangkala memainkan peranan.

Di Malaysia, kewujudan IPT yang banyak memberi banyak pilihan dan peluang kepada adik-adik untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. Di antaranya jurusan perubatan, pergigian dan kejuruteraan menjadi antara jurusan yang menjadi pilihan pelajar.


Berita baik untuk adik-adik kerana khas dalam bulan Januari ini, kami warga pergigian Negeri Sembilan akan meletakkan satu  post setiap minggu berkaitan dengan kerjaya-kerjaya yang terdapat dalam bidang pergigian. Diharap post-post ini dapat menjadi panduan untuk adik-adik dalam memilih laluan kerjaya yang bakal adik tempuhi pada masa akan datang. 

Stay tuned… ^^v


No comments:

Post a Comment