Wednesday 8 January 2014

World Oral Health Day (WOHD) 2014 (Versi Bahasa Malaysia)


Apakah itu WOHD ?

WOHD disambut setiap tahun pada 20 Mac. Ia merupakan satu hari sambutan sedunia untuk meraikan kesihatan mulut yang optimum dan menggalakkan kesedaran di seluruh dunia berkenaan isu-isu berkaitan kesihatan gigi dan kepentingan menjaga kebersihan mulut kepada semua orang, sama ada yang tua mahu pun muda.

Ia adalah hari untuk orang ramai untuk berseronok - satu hari yang perlu penuh dengan aktiviti-aktiviti yang membuat kita ketawa , menyanyi dan tersenyum!

 

Mengapa WOHD penting?

Kerana 90% daripada penduduk dunia akan mengadapi penyakit pergigian dalam hidup mereka. Kebanyakan dari penyakit-penyakit tersebut boleh dielakkan dengan peningkatan sokongan, penglibatan dan dana dari pihak kerajaan, persatuan kesihatan dan masyarakat untuk program pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit pergigian. 

Disamping itu, WOHD menyediakan peluang khusus bagi anggota kesihatan pergigian platform untuk mengambil tindakan dan membantu mengurangkan beban penyakit global.

 


Apakah tema WOHD 2014 ?

Pada tahun ini fokus FDI World Dental Federation adalah menjaga kesihatan gigi dan mulut orang ramai sepanjang hayat, dari zaman kanak-kanak hingga ke alam dewasa. Tema "World Oral Health Day : Celebrating Healthy Smiles" yang akan digunakan sepanjang kempen tersebut dipilih kerana hakikatnya, mempunyai gigi dan mulut yang sihat patut dibangga dan diraikan.

Slogan ini dilengkapi dengan perkara-perkara lain yang menyeronokkan yang kita boleh lakukan apabila mempunyai mulut dan senyuman yang sihat : Makan, ketawa, memberus gigi, meludah, berkumur, mengunyah.




Siapakah penonton untuk WOHD 2014 ?

Semua orang boleh mengambil bahagian dalam inisiatif ini : Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan, orang awam, dan lain-lain. 

Hanya dengan penglibatan secara menyeluruh dari semua pihak akan dapat meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang ramai untuk mengambil tindakan untuk mengurangkan segala bentuk penyakit oral.


1 comment:

  1. Selamat Hari Jururawat untuk semua Jururawat Pergigian di Malaysia..

    ReplyDelete