Wednesday 23 April 2014

Doktor Pergigian

Anda Berminat?

Adakah adik-adik sedang mencari profesion yang mulia, dihormati dan mencabar, ingin berkhidmat untuk masyarakat dan sekaligus memperolehi ganjaran yang menarik?

Kerjaya Doktor Pergigian adalah sesuai untuk adik-adik. Kerjaya ini menawarkan pelbagai cabaran di sektor awam dan swasta. Doktor Pergigian bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada orang ramai. Sekiranya berminat, adik-adik dipelawa untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian/setaraf di intitusi-institusi pengajian tinggi (IPT) yang diiktiraf.


Deskripsi Tugas 

Tugas utama adalah memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian yang merangkumi promosi, pencegahan dan rawatan pergigian kepada orang ramai.

Antaranya :

  • Pemeriksaan gigi
  • Rawatan pergigian
o   Restoratif (Tampalan, Rawatan Kanal Akar dll)
o   Penskaleran
o   Cabutan
o   Gigi palsu
o   Pembedahan kecil pergigian
  • Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan pergigian
  • Penglibatan di dalam program-program kesihatan kemasyarakatan
  • Bertugas atas panggilan (on-call)


Kelayakan

Syarat kelayakan masuk hendaklah dirujuk kepada Buku Panduan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/setaraf yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 




Tempat Pengajian

Universiti Tempatan

Institusi Pengajian Tinggi Awam
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Institusi Pengajian Tinggi Swasta
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Universiti Luar Negara

Kelulusan displin pergigian yang diiktiraf dari luar Negara boleh diperolehi daripada schedule 2 (Jadual 2) – Akta Pergigian 1971

Senarai lengkap kelulusan yang diiktiraf boleh layari laman web Malaysian Dental Council

Pusat Pengajian Sains Pergigian, USM


Jangka Masa Pengajian

5 tahun


Peluang Pekerjaan

Pelajar yang tamat dengan jayanya akan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian atau setaraf.

Selepas tamat pengajian dari universiti yang diiktiraf, graduan perlu mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia sebelum dibenarkan menjalankan pengamalan dalam bidang pergigian.

Setiap Doktor Pergigian wajib berkhidmat dengan kerajaan selama 2 tahun dan selepas itu boleh memilih untuk berkhidmat dalam sektor awam atau swasta.

Tangga Gaji* 

Gaji permulaan : RM2366.55
*Tertakluk kepada perubahan semasa 

Elaun* 

1.       Imbuhan tetap khidmat awam : dari RM300.00 atau
2.       Imbuhan Tetap Keraian : dari RM400.00
3.       Imbuhan Tetap Perumahan : dari RM250.00
4.       Bantuan Sara Hidup : dari RM150.00
5.       Insentif Perkhidmatan Kritikal : RM750.00
6.       Elaun kerja di luar waktu bekerja biasa
*Tertakluk kepada perubahan semasa

Lain-lain faedah

1.       Lantikan tetap dan berpencen
2.       Pakaian seragam percuma (kot putih)
3.       Cuti tahunan (25 hari)
4.       Kemudahan khidmat perubatan dan pergigian
5.       Pinjaman perumahan dan kenderaan
6.       Pinjaman pembelian computer

Prospek Kerjaya 

Mengikut Laluan Kerjaya, tempoh keseluruhan untuk doktor pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia berada di Gred 54 daripada tarikh lantikan adalah 12 tahun bagi doktor pergigian bukan pakar, dan 9 tahun bagi doktor pergigian pakar.

Selain itu, doktor pergigian yang berminat untuk melanjutkan pelajaran boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran pergigian setelah disahkan dalam jawatan seperti:
  •  Bedah Mulut
  • Ortodontik
  • Pergigian Pediatrik
  • Periodontik
  • Patologi dan Perubatan Mulut
  • Pergigian Restoratif
  • Odontologi Forensik
  • Pergigian Keperluan Khas
  • Pergigian Kesihatan Awam

Setiap tahun, Hadiah Latihan Persekutuan (biasiswa) juga diberi kepada doktor pergigian yang memohon dan layak untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara.


Sumber 
Pamplet ‘Kerjaya Dalam Bidang Pergigian’