Wednesday 21 May 2014

Jururawat Pergigian


Sekiranya anda seorang yang prihatin, penyabar, menyukai kanak-kanak serta berupaya berkomunikasi dengan baik, anda dipelawa memohon untuk mengikuti latihan Jururawat Pergigian.

Deskripsi Tugas

Tugas-tugas Rawatan Pesakit 
  • Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak istimewa dan warga tua serta agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.
  • Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan selanjutnya.
  • Pembersihan gigi termasuk prosedur penskaleran, pembersihan dan pengilapan.
  • Menyedia kaviti dan membuat tampalan (rawatan restorasi)
  • Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan
  • Rawatan lain mengikut arahan

Pendidikan Kesihatan Pergigian
  • Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan
  • Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang dengar.
  • Kaunseling tentang penjagaan kesihatan oral, dan penjagaan di rumah (Home Care)
  • Kawalan jangkitan
  • Penyelidikan sistem kesihatan : Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi atau bahan tampalan gigi
  • Pentadbiran dan Pengurusan


Kelayakan
  • Warganegara Malaysa
  • Jantina : Perempuan sahaja
  • Umur :
    • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun      tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan 
    • Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Kelulusan :
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan 
    • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 
    • Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat kepujian dalam mata  pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik, dan
    • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan
  • Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) 
    • Pembantu Pembedahan Pergigian yang telah disahkan dalam  perkhidmatan 
    • Mempunyai kelulusan seperti di atas 
    • Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan



Tempat Latihan

Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

Kolej Latihan Pergigian Malaysia


Cara Memohon

Sesi pengambilan bagi Latihan Jururawat Pergigian (Separa Perubatan) dijalankan 2 kali setahun (sesi kemasukan Januari dan Julai)

Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

 
Elaun dan Biasiswa*

Biasiswa bulanan :RM835.57 sebulan

Penginapan, pakaian seragam dan kasut juga disediakan

(*tertakluk kepada perubahan semasa)


Struktur Latihan

Tempoh Latihan : 3 tahun (6 semester)


Peluang Pekerjaan

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan dianugerahkan Diploma Kejururawatan Pergigian dan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Pergigian Gred U29
  • Gaji permulaan : RM1687.59
  • Elaun : 
- Imbuhan tetap khidmat awam : dari RM160.00
- Imbuhan tetap perumahan : RM180.00 
- Bantuan sara hidup mengikut tempat bertugas  
(Tertakluk kepada perubahan semasa. Sila layari laman web http://www.jpa.gov.my untuk maklumat terkini)


Prospek Kerjaya

Jururawat Pergigian Terlatih Gred U29 yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat selama 5 tahun layak memohon
  • Kenaikan pangkat Gred U32, U36, U38, U40 (tertakluk kepada perubahan dan prestasi
  • Mengikuti kursus Pos-basik
  • Bagi jawatan Pengajar di KLPM, Jururawat Pergigian hendaklah mempunyai ijazah dalam bidang berkaitan