Wednesday 3 August 2016

Langkah Penjagaan Gigi Palsu


  • Basuh gigi palsu menggunakan air paip, sabun dan berus khas gigi palsu / berus gigi berbulu lembut (soft)

  • Gigi palsu mudah patah apabila jatuh. Oleh itu, ketika membersihkan gigi palsu, alaskan sinki dengan kain atau bekas berisi air sebagai langkah berjaga-jaga.

  • Jangan bersihkan gigi palsu dengan air panas, ubat gigi, sabun serbuk atau berus gigi berbulu keras (hard) kerana boleh merosakkan permukaan gigi palsu.

  • Tablet pencuci untuk rendaman gigi palsu dan gam gigi palsu perlu digunakan mengikut arahan penggunaan produk.

  • Sebelum tidur, bersihkan gigi palsu dan rendamkan ia di dalam bekas yang bertutup.

  • Apabila tidak digunakan, jangan biarkan gigi palsu terdedah tanpa direndam kerana boleh menyebabkan gigi palsu rosak.