PASTIKAN ANDA SELAMAT-Kenali Doktor Gigi Anda
Monday, 12 March 2018
Monday, 20 November 2017
Wednesday, 25 October 2017
Sunday, 20 August 2017
Thursday, 20 July 2017
Saturday, 20 May 2017
Monday, 17 April 2017
Monday, 20 February 2017
Sunday, 1 January 2017
Friday, 11 November 2016
PERUBAHAN WARNA GIGI
Perubahan warna gigi boleh menimbulkan kebimbangan dan menjejaskan senyuman.Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak dan orang dewasa.Ia boleh dikategorikan kepada:
Perubahan Warna Gigi Dalaman Yang Mungkin Disebabkan Oleh:
- Kerosakan gigi
- Pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik tertentu semasa mengandung atau semasa di bawah umur 12 tahun
- Pengambilan flourida yang berlebihan semasa kanak-kanak
- Kecederaan gigi yang teruk
- Gigi yang telah mati akibat trauma/karies
- Masalah kesihatan semasa kanak-kanak seperti penyakit saluran hempedu
- Masalah kongenital
- Peningkatan usia
- Faktor keturunan
Pengambilan antibiotik semasa mengandung
Pengambilan flourida berlebihan
Kecederaan/kerosakan gigi
Gigi pesakit dengan masalah kesihatan
Perubahan Warna Gigi Luaran Yang Mungkin Disebabkan Oleh:
- Tahap kebersihan mulut yang tidak baik
- Makanan dan minuman seperti the,kopi,wain merah dan kola/minuman berkabonat
- Penggunaan tembakau
- Penggunaan bahan kumur secara berlebihan
- Tabiat mengunyah sireh
- Pengambilan ubat-ubatan dalam jangka masa panjang
- Kehadiran bakteria dalam mulut
Perubahan warna gigi akibat pengambilan teh/kopi
Tabiat mengunyah siren
Penggunaan bahan kumur berlebihan(chlorohexidine)
Individu yang mengalami perubahan warna gigi akan mempunyai kurang keyakinan diri !
Bolehkan Perubahan Warna Gigi Dihilangkan?
Perubahan warna gigi luaran boleh dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan manakala perubahan warna gigi dalaman memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit
Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Gigi Berubah Warna?
Berus Gigi 2 Kali Sehari
Dapatkan Pemeriksaan Gigi Secara Berkala
Elakkan Minum Kopi/Teh dan Makan Makanan Yang Boleh Merubah Warna Gigi
Hentikan Tabiat Merokok
Gunakan Ubat Pemutih Gigi Dengan Nasihat Doktor Gigi
MOH/K/GIG/2.2016(PT)
Tuesday, 25 October 2016
NAFAS BERBAU
Anda mungkin mengalami masalah nafas berbau sekiranya orang berdekatan menjauhkan diri secara tiba-tiba,memalingkan muka atau menutup hidung semasa anda berbual.
KENAPA NAFAS ANDA BERBAU?
Keadaan Mulut Kurang Bersih
Sisa makanan dan plak tidak dibersihkan dengan baik seperti di celah-celah gigi,permukaan lidah atau gigi palsu
Terdapat Jangkitan Dalam Mulut
Contohnya kerosakan gigi,penyakit gusi, lesi mulut atau bekas cabutan gigi yang tidak sembuh.
Masalah mulut kering, tidak makan atau tidak minum untuk jangka masa yang lama dan merokok juga boleh menyebabkan nafas anda berbau
Sekiranya doktor pergigian mengesahkan anda mempunyai kesihatan pergigian yang baik, anda mungkin mengalami masalah kesihatan seperti penyakit saluran pernafasan, diabetes atau kronik sinusitis.
Ulser Mulut
Penyakit Gusi
Pilih buah-buahan segar dan hindari makanan yang menyebabkan nafas berbau
Dapatkan Pemeriksaan Di Klinik Pergigian Sekurang-Kurangnya Sekali Setahun
Tidak Merokok
Banyakkan Minum Air Kosong ,Sekurang-Kurangnya 6 Hingga 8 Gelas Sehari.Jangan Biarkan Mulut Kering
Dapatkan Pemeriksaan Perubatan Jika Perlu
KENAPA NAFAS ANDA BERBAU?
Keadaan Mulut Kurang Bersih
Sisa makanan dan plak tidak dibersihkan dengan baik seperti di celah-celah gigi,permukaan lidah atau gigi palsu
Terdapat Jangkitan Dalam Mulut
Contohnya kerosakan gigi,penyakit gusi, lesi mulut atau bekas cabutan gigi yang tidak sembuh.
Masalah mulut kering, tidak makan atau tidak minum untuk jangka masa yang lama dan merokok juga boleh menyebabkan nafas anda berbau
Sekiranya doktor pergigian mengesahkan anda mempunyai kesihatan pergigian yang baik, anda mungkin mengalami masalah kesihatan seperti penyakit saluran pernafasan, diabetes atau kronik sinusitis.
Ulser Mulut
Penyakit Gusi
Karies Gigi
Bekas Cabutan Gigi Yang Tidak Sembuh
APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH NAFAS BERBAU?
Jaga Kebersihan Mulut
- Berus gigi sehingga bersih
- Gunakan flos untuk membuang sisa makanan dan plak di celah-celah gigi
- Bersihkan peralatan pergigian dalam mulut seperti gigi palsu atau aplians ortodontik
- Bersihkan lidah
- Gunakan bahan kumuran jika dinasihatkan doktor
Flos di celah-celah gigi
Bersihkan Peralatan Gigi/Aplians Dalam Mulut
Makan Secara Sihat
Dapatkan Pemeriksaan Di Klinik Pergigian Sekurang-Kurangnya Sekali Setahun
Tidak Merokok
Banyakkan Minum Air Kosong ,Sekurang-Kurangnya 6 Hingga 8 Gelas Sehari.Jangan Biarkan Mulut Kering
Dapatkan Pemeriksaan Perubatan Jika Perlu
sumber pamplet Bahagian Kesihatan Pergigian,KKM
MOH/K/GIG/11.2007(PT)
Monday, 3 October 2016
Bruxism/Asah Gigi
- Aktiviti pergerakan rahang diluar kawalan otak yang melibatkan pergerakan seperti mengetap dan mengisar gigi
- Biasanya berlaku semasa seseorang sedang tidur tetapi ada juga yang mengalaminya semasa sedar
- Punca utama tidak diketahui tetapi ia menjurus kepada gaya hidup yang tidak sihat dan stress
TANDA DAN GEJALA
- Gigi akan bertambah pendek,tampalan akan mudah pecah dan gigi longgar
- Bahu berasa tegang dan sengal
- Sakit pada bahagian kepala dan telling
- Otot muka akan membesar
- Mengeluarkan bunyi bising semasa tidur dan disedari oleh pasangan
- Muka pesakit kelihatan lebih tua dan seakan-akan memakai gigi palsu
RAWATAN
Pemantauan:
Doktor gigi mengambil gambar
pesakit dan model gigi sebelum rawatan untuk menilai tahap keaktifan proses bruxism yang berlaku
Rawatan Pencegahan:
- Memberi nasihat untuk cara hidup yang lebih sihat dan kurang stress
- Memberhentikan tabiat bruxism dengan cara pemakaian splint gigi dalam tempoh waktu tertentu
Rawatan Aktif :
Gigi sensitif:
- Ubat Gigi Sensitif
- Sapuan Varnish Flourida pada
gigi
- Pemakaian “toothmousse”
KESIMPULAN
Kejadian “Bruxism”atau pengasahan gigi dapat diatasi
jika pesakit mengikuti program rawatan oleh pegawai pergigian secara
berterusan.Jika masalah ini dapat diatasi,struktur gigi pesakit akan menjadi
lebih sihat serta dapat mengelak masalah sendi rahang seperti sakit pada otot
muka atau berbunyi semasa membuka atau menutup mulut.
Wednesday, 3 August 2016
Langkah Penjagaan Gigi Palsu
- Basuh gigi palsu menggunakan air paip, sabun dan berus khas gigi palsu / berus gigi berbulu lembut (soft)
- Gigi palsu mudah patah apabila jatuh. Oleh itu, ketika membersihkan gigi palsu, alaskan sinki dengan kain atau bekas berisi air sebagai langkah berjaga-jaga.
- Jangan bersihkan gigi palsu dengan air panas, ubat gigi, sabun serbuk atau berus gigi berbulu keras (hard) kerana boleh merosakkan permukaan gigi palsu.
- Tablet pencuci untuk rendaman gigi palsu dan gam gigi palsu perlu digunakan mengikut arahan penggunaan produk.
- Sebelum tidur, bersihkan gigi palsu dan rendamkan ia di dalam bekas yang bertutup.
- Apabila tidak digunakan, jangan biarkan gigi palsu terdedah tanpa direndam kerana boleh menyebabkan gigi palsu rosak.
Subscribe to:
Posts (Atom)