Basuh gigi palsu menggunakan air paip, sabun dan berus khas gigi palsu / berus gigi berbulu lembut (soft)
Gigi palsu mudah patah apabila jatuh. Oleh itu, ketika membersihkan gigi palsu, alaskan sinki dengan kain atau bekas berisi air sebagai langkah berjaga-jaga.
Jangan bersihkan gigi palsu dengan air panas, ubat gigi, sabun serbuk atau berus gigi berbulu keras (hard) kerana boleh merosakkan permukaan gigi palsu.
Tablet pencuci untuk rendaman gigi palsu dan gam gigi palsu perlu digunakan mengikut arahan penggunaan produk.
Sebelum tidur, bersihkan gigi palsu dan rendamkan ia di dalam bekas yang bertutup.
Apabila tidak digunakan, jangan biarkan gigi palsu terdedah tanpa direndam kerana boleh menyebabkan gigi palsu rosak.
assalamualaikum
ReplyDeletewaalaikumsalam
ReplyDelete