Penyakit periodontium atau penyakit gusi merupakan punca utama
kehilangan gigi dikalangan orang dewasa. Penyakit ini merupakan jangkitan pada
gusi, tulang alveolar dan struktur penyokong gigi. Punca utama penyakit
periodontium ialah plak, suatu lapisan nipis mengandungi bakteria yang melekat
pada permukaan gigi. Penyakit ini juga berkait rapat dengan perubahan tahap
hormon semasa remaja, kehamilan atau menopos, penyakit diabetes dan tabiat
merokok.
|
Gusi sihat |
|
Penyakit gusi |
Antara tanda dan gejala penyakit periodontium:
- Gusi merah, bengkak dan mudah berdarah
- Mulut berbau
- Gigi menjadi longgar dan jarang
- Gusi menyusut dan gigi kelihatan memanjang
- Nanah pada bahagian gusi
Langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk mencegah dari mendapat
penyakit gusi ini adalah :
- Berus gigi sehingga bersih dengan teknik yang betul
- Gunakan flos untuk membersihkan celah-celah gigi
- Gunakan berus interdental (atas arahan doktor)
- Dapatkan pemeriksaan kesihatan mulut (oral health exmaination) sekurang-kurangnya sekali
setahun
- Jauhi amalan merokok
Menyedari akan kepentingan kesedaran tentang penyakit gusi ini, pada
hari Isnin, 18 November 2013, satu Kempen Promosi Kesihatan Periodontium
(Gusi) Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Dewan
Pavillion, Pusat Keluarga LPPKN di Seremban 2. Aktiviti anjuran bersama Bahagian Kesihatan
Pergigian Negeri Sembilan dan Persatuan Periodontologi Malaysia itu bertujuan
mendedahkan kepada orang ramai tentang kepentingan penjagaan gusi.
|
Perasmian kempen disempurnakan oleh Dato' Dr.Hajah Zailan Binti Dato' Haji Adnan,
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan |
|
Pengunjung yang hadir menjayakan Kempen "Sayangi Gusi Anda" |
|
|
|
|
Persembahan Koir oleh Kumpulan Koir Daerah Seremban |
|
Persembahan Tarian oleh anggota pergigian daerah Seremban |
Kempen
ini merangkumi ceramah Kesihatan Periodontium oleh Pakar Periodontik dari
Seremban, pameran kesihatan, serta pemeriksaan gusi di Klinik Pergigian Bergerak. Table Clinic juga disediakan bagi
memudahkan pengunjung mendapatkan khidmat nasihat secara terus daripada Pakar
Periodontik yang terdiri daripada Dr Ahmad Sharifuddin B Asari, Dr Uma a/p
Subramaniam dan Dr Renukanth a/l Patabi Cheta Raman.
|
Ceramah Kesihatan Periodontium oleh Pakar Periodontik dari Pusat Pakar Pergigian Seremban |
|
Pasukan pameran kesihatan pergigian dari Unit Promosi Daerah Seremban |
|
Pemeriksaan Gusi di Klinik Pergigian Bergerak |
|
Pemeriksaan Gusi |
Pelbagai aktiviti dan pertandingan juga telah dilangsungkan bersempena kempen ini. Di antaranya adalah Pertandingan Mencipta Pelekat Kereta, Pertandingan Melukis Poster, dan Pertandingan Gubahan Pengantin bertemakan Bahan-bahan Penjagaan Kesihatan.
|
Senarai pemenang Pertandingan Mencipta Pelekat Kereta dan Pertandingan Melukis Poster |
|
Pertandingan Gubahan Pengantin bertemakan 'Barangan Penjagaan Kesihatan' |
Setiap peserta juga diberi cenderahati berupa pelekat kereta yang membawa mesej 'Sayangi Gusi Anda' serta magnet edisi terhad yang ditempah khas bersempena kempen ini.
Aktiviti
yang meriah dan penuh makna ini turut mendapat liputan meluas dari
akhbar-akhbar tempatan.
|
Berita Harian |
|
Nanyang Siang Pau |
|
Sinar Harian |
|
China Press |
Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja dan
pengunjung yang menjayakan kempen tersebut! ^_^
No comments:
Post a Comment