Sekiranya anda mempunyai
perwatakan yang cergas, bersopan, penyabar, prihatin dan berupaya berkomunikasi
dengan baik, anda dipelawa untuk menyertai kerjaya sebagai Pembantu Pembedahan
Pergigian
Deskripsi Tugas
- Menyambut dan mendaftar pesakit-pesakit di kaunter pendaftaran
- Menguruskan data pesakit secara berkomputer
- Membantu Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian dalam mengurus dan memberi rawatan kepada pesakit
- Menyediakan segala peralatan yang diperlukan untuk rawatan pergigian
- Bertanggungjawab dalam pengawalan jangkitan silang di bilik rawatan
- Mendaftar serta merekod hal-hal kewangan, sijil sakit dan penerangan kepada pesakit
- Mengutip wang bayaran rawatan pergigian dari pesakit serta mengeluarkan resit
- Membantu Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian semasa lawatan ke sekolah-sekolah
- Menempah serta merekod alat-alat kelengkapan, memeriksa inventori dan lain-lain perkakasan seperti troli dan mesin
- Menyediakan penyata bulanan dan geraf
- Menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan pergigian
Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Jantina : Lelaki dan Perempuan
- Umur :
- Calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Latihan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan
- Kelulusan :
- Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik; dan
- Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan
- Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) :
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Atendan Kesihatan/Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
- Mempunyai kelulusan seperti di atas
- Berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan
Tempat Latihan
- Sektor Awam : Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang
- Sektor Swasta :
- Universiti MAHSA
- Kolej Universiti SEGI
Cara Memohon
Sesi pengambilan bagi Latihan
Pembantu Pembedahan Pergigian (Separa Perubatan) dijalankan 2 kali setahun
(sesi kemasukan Januari dan Julai)
Permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam
persekutuan hendaklah dibuat secara online di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia iaitu www.spa.gov.my di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).
Elaun dan Biasiswa*
Biasiswa bulanan :RM755.06
sebulan
Penginapan, pakaian seragam dan
kasut juga disediakan
(*tertakluk kepada perubahan
semasa)
Struktur Latihan
Tempoh Latihan : 2 tahun (4
semester)
Peluang Pekerjaan
Pelatih yang tamat latihan dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Kelayakan Pembantu Pembedahan Pergigian dan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17
- Wajib berkhidmat dengan kerajaan selama 5 tahun (bagi tajaan kerajaan)
- Peluang pekerjaan ini juga terdapat di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan sektor swasta
- Pelatih yang tidak terikat dengan kerajaan boleh berkhidmat dengan mana-mana hospital/klinik swasta.
- Gaji permulaan (sektor awam) : RM975.00
- Elaun (sektor awam) :
- Imbuhan tetap khidmat awam : dari RM115.00
- Imbuhan tetap perumahan : RM180.00
- Bantuan sara hidup mengikut tempat bertugas
(Tertakluk
kepada perubahan semasa. Sila layari laman web http://www.jpa.gov.my untuk maklumat terkini)
Prospek Kerjaya
Pembantu Pembedahan Pergigian
terlatih Gred U17 yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat selama
3 tahun layak memohon :
- Kenaikan pangkat Gred U22, U24 (tertakluk kepada perubahan dan prestasi)
- Mengikuti kursus Diploma Kejururawatan Pergigian atau Juruteknologi Pergigian Gred U29 melalui Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)
Sumber:
No comments:
Post a Comment