Gigi yang tidak tersusun boleh dirawat dengan rawatan ortodontik. Terdapat beberapa jenis aplians ortodontik yang digunakan untuk tujuan tersebut :
- Aplians Tetap
- Aplians Boleh Tanggal
- Aplians Fungsi
- Aplians Pemegang
APLIANS TETAP (fixed appliance)
|
Aplians tetap |
- Aplians ini dilekatkan pada permukaan gigi dan disambung dengan menggunakan dawai khas.
- Alat tambahan seperti gelung getah atau spring kadangkala digunakan.
- Fungi aplians ini adalah untuk menggerakkan gigi.
APLIANS BOLEH TANGGAL (removable appliance)
|
Aplians boleh tanggal |
|
Aplians boleh tanggal di dalam mulut |
- Aplians ini diperbuat daripada akrilik yang mempunyai cangkuk dawai.
- Spring mungkin dilekatkan bersama alat ini untuk mengawal pergerakan gigi.
- Aplians ini hendaklah dipakai sepanjang masa.
- Aplians ini boleh ditanggalkan dari mulut apabila melakukan aktiviti seperti memberus gigi, berenang, makan atau bersukan.
APLIANS FUNGSI (functional appliance)
|
Aplians fungsi |
|
Penggunaan aplians fungsi di dalam mulut |
- Aplians ini bertindak ke atas gigi di rahang atas dan gigi di rahang bawah secara serentak.
- Ia digunakan untuk menggalakkan perkembangan tulang rahang dan membaiki gigitan.
APLIANS PEMEGANG (retainer)
|
Salah satu contoh aplians pemegang |
|
Aplians pemegang |
|
Penggunaan aplians pemegang di dalam mulut |
- Aplians ini biasanya digunakan di fasa akhir rawatan di mana ia berfungsi mengekalkan gigi pada kedudukan yang baru.
- Gigi boleh berganjak. Oleh itu pemakaian aplians ini penting untuk mengawal dan menghadkan pergerakan gigi supaya gigi akan terus tersusun dengan baik.
Sumber :
Pamplet 'Rawatan Ortodontik' terbitan BKP KKM
berapa harga setiap kos rawatan?
ReplyDeleteAssalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
DeleteMaaf atas kelewatan menjawab soalan encik.
Caj rawatan ortodontik bergantung kepada jenis rawatan :
- Applians tetap : RM700
- Applians yang lain : RM100 bagi setiap keping
Bagi pesakit yang menggunakan GL ibu/bapa yang bekerja di sektor awam, caj rawatan adalah percuma.
Terima kasih.
Di klinik pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (klinik pergigian kerajaan), perkhidmatan ortodontik atau 'brace' hanya ditawarkan kepada pelajar sekolah, kerana kumpulan ini adalah kumpulan "priority". Mereka (yang berumur 18 tahun ke bawah) disaring terdahulu untuk menentukan keperluan rawatan mengikut indeks keperluan rawatan.
ReplyDeleteWalaupun keutamaan rawatan ortodontik di KKM adalah mereka yang bagi 18 tahun ke bawah, bagi kes orang dewasa (18 tahun ke atas) sekiranya selepas disaring oleh Pakar Ortodontik, dan didapati pesakit perlukan rawatan pelbagai disiplin (multi discipline management) masih boleh diberi pertimbangan untuk diberi rawatan ortodontik di klinik kerajaan.
Salam... brape kne byr jk kehilgn apllian boleh tanggal untuk pelajar sekolah......
ReplyDeleteAssalamu'alaikum dan Salam 1 Malaysia.
DeleteBayaran yang dikenakan adalah RM100 untuk setiap aplians. Jika kehilangan aplians atas dan bawah jumlahnya RM200.
Terima Kasih.
Assalamu'alaikum dan Salam 1 Malaysia.
DeleteBayaran yang dikenakan adalah RM100 untuk setiap aplians. Jika kehilangan aplians atas dan bawah jumlahnya RM200.
Terima Kasih.
Assalamualaikum..apakah yang dimaksudkan dengan (multi discipline management)dan bagaimana pengurusan bagi remaja yang berumur 18tahun ke atas membuat rawatan ortodontik ini.?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Bagi remaja berumur 18 tahun ke atas adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan Ortodontik di klinik pergigian swasta kerana rawatan ortodontik di klinik pergigian kerajaan diutamakn untuk pesakit di bawah 18 tahun. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah kes yang memerlukan multi discipline management, rawatan ortodontik boleh diberikan di atas keputusan doktor pakar. Multi discpline management bermaksud kes-kes kompleks yang memerlukan rawatan pergigian dari beberapa cabang kepakaran, contohnya kes belahan lelangit yang memerlukan rawatan dari kepakaran pergigian kanak-kanak, rawatan bedah mulut, rawatan ortodontik, dan rawatan restoratif.
Delete