ANDA INGINKAN GIGI YANG LEBIH CERAH DARI WARNA ASAL?
Pemutihan gigi vital (hidup) boleh dilakukan menggunakan produk pemutihan gigi di rumah (at home bleaching) atau mendapatkan rawatan di klinik pergigian (in-office bleaching).
PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN MEMUTIHKAN GIGI
KEADAAN YANG SESUAI UNTUK RAWATAN INI
- Adalah penting untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian terlebih dahulu untuk :
- Menilai kesesuaian rawatan
- Mengenalpasti punca gigi berubah warna
- Memastikan gigi dan gusi dalam keadaan baik sebelum rawatan
PRODUK PEMUTIHAN DI RUMAH
- Selamat jika dibeli di farmasi atau secara preskripsi oleh Doktor Pergigian
- Elakkan dari membeli produk pemutihan gigi yang dipasarkan secara online dan juga di salun kecantikan kerana produk seperti ini tidak dijamin keselamatannya
KESAN SAMPINGAN RAWATAN
- Rasa ngilu (sensitif) terhadap makanan dan minuman sejuk semasa atau selepas rawatan
- Rasa tidak selesa pada gusi, sakit tekak atau mendapati tompok putih di pinggir gusi
- Kesan ini sementara sahaja dan akan hilang dalam beberapa hari selepas selesai rawatan
- Sila dapatkan pemriksaan pergigian jika kesan sampingan ini berlarutan
TAHAP KEJAYAAN RAWATAN
- Tahap kejayaan rawatan bergantung kepada individu
- Secara amnya, gigi akan kekal cerah selama lebih kurang tiga tahun
- Kesannya akan menjadi lebih singkat jika anda seorang perokok atau kerap mengambil makanan dan minuman yang boleh meninggalkan kesan pada warna gigi
No comments:
Post a Comment