Apakah Jambatan Pergigian?
Prostesis bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Ianya disimen pada gigi asli (gigi tupang) atau implan pergigian yang terletak di sebelah ruang kosong.
Langkah asas dalam rawatan jambatan pergigian |
Contoh jambatan pergigian |
Jenis-jenis Jambatan
Jambatan Tetap-tetap
Jambatan Tetap-tetap |
- Disimen pada kedua-dua gigi tupang
- Sesuai untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang
Jambatan Kantilever
Jambatan kantilever |
Jambatan kantilever |
- Disimenkan hanya pada satu gigi tupang
- Hanya sesuai digunakan pada gigi yang tidak melibatkan tekanan pengunyahan yang tinggi (gigi hadapan)
Jambatan Terikat Resin
Jambatan Terikat Resin |
Jambatan Terikat Resin |
- Disimenkan pada bahagian belakang gigi tupang dengan menggunakan sayap
- Selalu digunakan untuk gigi hadapan, bila gigi tupang sihat atau tiada tampalan yang besar
Jambatan Tetap-tergerak
Jambatan Tetap-tergerak |
- Disimenkan secara tetap hanya pada satu hujung, manakala di hujung yang lain, ia disambung menggunakan penghubung tergerak
- Sesuai digunakan bila kedudukan gigi tupang tidak selari di antara satu sama lain.
Kenapa jambatan pergigian diperlukan ?
- Untuk menggantikan gigi yang hilang secara tetap
Kenapa gigi yang hilang perlu diganti?
- Menghalang gigi yang bersebelahan atau bertentangan bergerak mengisi ruang yang kosong
- Penampilan yang lebih baik
- Pertuturan yang lebih jelas
- Mengunyah makanan dengan lebih sempurna
Antara kesan jangka panjang kehilangan gigi yang tidak diganti |
Di manakah rawatan jambatan pergigian boleh diperolehi?
Di klinik pergigian kerajaan yang ada UNIT PAKAR RESTORATIF. Untuk mendapatkan rawatan di unit kepakaran ini, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik pergigian berhampiran dahulu dan jika sesuai, pesakit akan dirujuk ke unit kepakaran tersebut.
Contoh Kes Jambatan Pergigian
SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN |
SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN |
SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN |
Sumber
Pamplet Jambatan Pergigian BKPKKM
(MOH/K/GIG/12.2014/PT)
No comments:
Post a Comment