Showing posts with label crown. Show all posts
Showing posts with label crown. Show all posts

Monday, 3 October 2016

Bruxism/Asah Gigi

  •  Aktiviti pergerakan rahang diluar kawalan otak yang melibatkan pergerakan seperti mengetap dan mengisar gigi
  •   Biasanya berlaku semasa seseorang sedang tidur tetapi ada juga yang mengalaminya semasa  sedar
  •   Punca utama tidak diketahui tetapi ia menjurus kepada gaya hidup yang tidak sihat dan stress                                                                                                                               

TANDA DAN GEJALA

  •  Gigi akan bertambah pendek,tampalan akan mudah pecah dan gigi longgar

  •  Bahu berasa tegang dan sengal  

  • Sakit pada bahagian kepala dan telling

  • Otot muka akan membesar
  • Mengeluarkan bunyi bising semasa tidur dan disedari oleh pasangan
  • Muka pesakit kelihatan lebih tua dan seakan-akan memakai gigi palsu

RAWATAN

Pemantauan:

         Doktor gigi mengambil gambar pesakit dan model gigi sebelum rawatan untuk menilai tahap keaktifan proses bruxism yang berlaku

Rawatan Pencegahan:

  • Memberi nasihat untuk cara hidup yang lebih sihat dan kurang stress
  • Memberhentikan tabiat bruxism dengan cara pemakaian splint gigi dalam tempoh waktu tertentu                                                                                                   

Splint Gigi

Rawatan Aktif :                                                                                

Gigi sensitif

  • Ubat Gigi Sensitif

  • Sapuan Varnish Flourida pada gigi

  • Pemakaian “toothmousse”

Masalah kecantikan

    Korona

         Tampalan sewarna gigi seperti komposit

  Kesakitan sendi rahang

  Terapi otot dan sendi rahang dengan tuaman

 Ubatan:  Ibuprofen atau Diazepam

KESIMPULAN

Kejadian “Bruxism”atau pengasahan gigi dapat diatasi jika pesakit mengikuti program rawatan oleh pegawai pergigian secara berterusan.Jika masalah ini dapat diatasi,struktur gigi pesakit akan menjadi lebih sihat serta dapat mengelak masalah sendi rahang seperti sakit pada otot muka atau berbunyi semasa membuka atau menutup mulut.

Wednesday, 13 April 2016

Kenali Rawatan Jambatan Pergigian

Apakah Jambatan Pergigian?

Prostesis bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Ianya disimen pada gigi asli (gigi tupang) atau implan pergigian yang terletak di sebelah ruang kosong.

Contoh jambatan pergigian dengan gigi tupang

Langkah asas dalam rawatan jambatan pergigian

Jenis-jenis Jambatan

Jambatan Tetap-tetap

Jambatan Tetap-tetap
  • Disimen pada kedua-dua gigi tupang
  • Sesuai untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang

Jambatan Kantilever 

Jambatan kantilever

Jambatan kantilever

  • Disimenkan hanya pada satu gigi tupang
  • Hanya sesuai digunakan pada gigi yang tidak melibatkan tekanan pengunyahan yang tinggi (gigi hadapan)

Jambatan Terikat Resin

Jambatan Terikat Resin

Jambatan Terikat Resin

  • Disimenkan pada bahagian belakang gigi tupang dengan menggunakan sayap
  • Selalu digunakan untuk gigi hadapan, bila gigi tupang sihat atau tiada tampalan yang besar

Jambatan Tetap-tergerak

Jambatan Tetap-tergerak

  • Disimenkan secara tetap hanya pada satu hujung, manakala di hujung yang lain, ia disambung menggunakan penghubung tergerak
  • Sesuai digunakan bila kedudukan gigi tupang tidak selari di antara satu sama lain.

Kenapa jambatan pergigian diperlukan ?

  • Untuk menggantikan gigi yang hilang secara tetap

Kenapa gigi yang hilang perlu diganti?

  • Menghalang gigi yang bersebelahan atau bertentangan bergerak mengisi ruang yang kosong
  • Penampilan yang lebih baik
  • Pertuturan yang lebih jelas
  • Mengunyah makanan dengan lebih sempurna

Antara kesan jangka panjang kehilangan gigi yang tidak diganti

Di manakah rawatan jambatan pergigian boleh diperolehi?

Di klinik pergigian kerajaan yang ada UNIT PAKAR RESTORATIF. Untuk mendapatkan rawatan di unit kepakaran ini, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik pergigian berhampiran dahulu dan jika sesuai, pesakit akan dirujuk ke unit kepakaran tersebut.

Contoh Kes Jambatan Pergigian

SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN

SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN

SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN

Sumber
Pamplet Jambatan Pergigian BKPKKM
(MOH/K/GIG/12.2014/PT)

Kenali Rawatan Jambatan Pergigian

Apakah Jambatan Pergigian?

Prostesis bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Ianya disimen pada gigi asli (gigi tupang) atau implan pergigian yang terletak di sebelah ruang kosong.

Langkah asas dalam rawatan jambatan pergigian

Contoh jambatan pergigian