Showing posts with label gigi. Show all posts
Showing posts with label gigi. Show all posts

Friday, 11 November 2016

PERUBAHAN WARNA GIGI



Perubahan warna gigi boleh menimbulkan kebimbangan dan menjejaskan senyuman.Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak dan orang dewasa.Ia boleh dikategorikan kepada:

Perubahan Warna Gigi Dalaman Yang Mungkin Disebabkan Oleh:

  • Kerosakan gigi
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik tertentu semasa mengandung atau semasa di bawah umur 12 tahun
  • Pengambilan flourida yang berlebihan semasa kanak-kanak
  • Kecederaan gigi yang teruk
  • Gigi yang telah mati akibat trauma/karies
  • Masalah kesihatan semasa kanak-kanak seperti penyakit saluran hempedu
  • Masalah kongenital
  • Peningkatan usia
  • Faktor keturunan
 
                               Pengambilan antibiotik semasa mengandung

                                          Pengambilan flourida berlebihan

                                          Kecederaan/kerosakan gigi

                                   Gigi pesakit dengan masalah kesihatan

Perubahan Warna Gigi Luaran Yang Mungkin Disebabkan Oleh:

  • Tahap kebersihan mulut yang tidak baik
  • Makanan dan minuman seperti the,kopi,wain merah dan kola/minuman berkabonat
  • Penggunaan tembakau
  • Penggunaan bahan kumur secara berlebihan
  • Tabiat mengunyah sireh
  • Pengambilan ubat-ubatan dalam jangka masa panjang
  • Kehadiran bakteria dalam mulut

                         Perubahan warna gigi akibat pengambilan teh/kopi

                                       Tabiat mengunyah siren
                        Penggunaan bahan kumur berlebihan(chlorohexidine)

Individu yang mengalami perubahan warna gigi akan mempunyai kurang keyakinan diri !


Bolehkan Perubahan Warna Gigi Dihilangkan?

Perubahan warna gigi luaran boleh dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan manakala perubahan warna gigi dalaman memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Gigi Berubah Warna?





Berus Gigi 2 Kali Sehari











Dapatkan Pemeriksaan Gigi Secara Berkala











Elakkan Minum Kopi/Teh dan Makan Makanan Yang Boleh Merubah Warna Gigi












Hentikan Tabiat Merokok









Gunakan Ubat Pemutih Gigi Dengan Nasihat Doktor Gigi











                MOH/K/GIG/2.2016(PT)

Wednesday, 13 April 2016

Kenali Rawatan Jambatan Pergigian

Apakah Jambatan Pergigian?

Prostesis bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Ianya disimen pada gigi asli (gigi tupang) atau implan pergigian yang terletak di sebelah ruang kosong.

Contoh jambatan pergigian dengan gigi tupang


Langkah asas dalam rawatan jambatan pergigian


Jenis-jenis Jambatan


Jambatan Tetap-tetap


Jambatan Tetap-tetap
  • Disimen pada kedua-dua gigi tupang
  • Sesuai untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang


Jambatan Kantilever 

Jambatan kantilever

Jambatan kantilever

  • Disimenkan hanya pada satu gigi tupang
  • Hanya sesuai digunakan pada gigi yang tidak melibatkan tekanan pengunyahan yang tinggi (gigi hadapan)



Jambatan Terikat Resin

 

Jambatan Terikat Resin

Jambatan Terikat Resin

  • Disimenkan pada bahagian belakang gigi tupang dengan menggunakan sayap
  • Selalu digunakan untuk gigi hadapan, bila gigi tupang sihat atau tiada tampalan yang besar



Jambatan Tetap-tergerak

 

Jambatan Tetap-tergerak

  • Disimenkan secara tetap hanya pada satu hujung, manakala di hujung yang lain, ia disambung menggunakan penghubung tergerak
  • Sesuai digunakan bila kedudukan gigi tupang tidak selari di antara satu sama lain.


Kenapa jambatan pergigian diperlukan ?

  • Untuk menggantikan gigi yang hilang secara tetap

Kenapa gigi yang hilang perlu diganti?

  • Menghalang gigi yang bersebelahan atau bertentangan bergerak mengisi ruang yang kosong
  • Penampilan yang lebih baik
  • Pertuturan yang lebih jelas
  • Mengunyah makanan dengan lebih sempurna

Antara kesan jangka panjang kehilangan gigi yang tidak diganti


Di manakah rawatan jambatan pergigian boleh diperolehi?

Di klinik pergigian kerajaan yang ada UNIT PAKAR RESTORATIF. Untuk mendapatkan rawatan di unit kepakaran ini, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik pergigian berhampiran dahulu dan jika sesuai, pesakit akan dirujuk ke unit kepakaran tersebut.


Contoh Kes Jambatan Pergigian


SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN

SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN

SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN


Sumber
Pamplet Jambatan Pergigian BKPKKM
(MOH/K/GIG/12.2014/PT)

Kenali Rawatan Jambatan Pergigian

Apakah Jambatan Pergigian?

Prostesis bagi menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang. Ianya disimen pada gigi asli (gigi tupang) atau implan pergigian yang terletak di sebelah ruang kosong.

Langkah asas dalam rawatan jambatan pergigian


Contoh jambatan pergigian


Jenis-jenis Jambatan


Jambatan Tetap-tetap


Jambatan Tetap-tetap
  • Disimen pada kedua-dua gigi tupang
  • Sesuai untuk menggantikan satu atau lebih gigi yang hilang


Jambatan Kantilever 


Jambatan kantilever

Jambatan kantilever

  • Disimenkan hanya pada satu gigi tupang
  • Hanya sesuai digunakan pada gigi yang tidak melibatkan tekanan pengunyahan yang tinggi (gigi hadapan)



Jambatan Terikat Resin

 

Jambatan Terikat Resin

Jambatan Terikat Resin

  • Disimenkan pada bahagian belakang gigi tupang dengan menggunakan sayap
  • Selalu digunakan untuk gigi hadapan, bila gigi tupang sihat atau tiada tampalan yang besar



Jambatan Tetap-tergerak

 

Jambatan Tetap-tergerak

  • Disimenkan secara tetap hanya pada satu hujung, manakala di hujung yang lain, ia disambung menggunakan penghubung tergerak
  • Sesuai digunakan bila kedudukan gigi tupang tidak selari di antara satu sama lain.


Kenapa jambatan pergigian diperlukan ?

  • Untuk menggantikan gigi yang hilang secara tetap

Kenapa gigi yang hilang perlu diganti?

  • Menghalang gigi yang bersebelahan atau bertentangan bergerak mengisi ruang yang kosong
  • Penampilan yang lebih baik
  • Pertuturan yang lebih jelas
  • Mengunyah makanan dengan lebih sempurna

Antara kesan jangka panjang kehilangan gigi yang tidak diganti


Di manakah rawatan jambatan pergigian boleh diperolehi?

Di klinik pergigian kerajaan yang ada UNIT PAKAR RESTORATIF. Untuk mendapatkan rawatan di unit kepakaran ini, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik pergigian berhampiran dahulu dan jika sesuai, pesakit akan dirujuk ke unit kepakaran tersebut.


Contoh Kes Jambatan Pergigian


SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN

SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN

SEBELUM - SELEPAS RAWATAN JAMBATAN PERGIGIAN


Sumber
Pamplet Jambatan Pergigian BKPKKM
(MOH/K/GIG/12.2014/PT)

Wednesday, 20 November 2013

"Sayangi Gusi Anda"

Penyakit periodontium atau penyakit gusi merupakan punca utama kehilangan gigi dikalangan orang dewasa. Penyakit ini merupakan jangkitan pada gusi, tulang alveolar dan struktur penyokong gigi. Punca utama penyakit periodontium ialah plak, suatu lapisan nipis mengandungi bakteria yang melekat pada permukaan gigi. Penyakit ini juga berkait rapat dengan perubahan tahap hormon semasa remaja, kehamilan atau menopos, penyakit diabetes dan tabiat merokok. 

Gusi sihat

Penyakit gusi



Antara tanda dan gejala penyakit periodontium:
  •  Gusi merah, bengkak dan mudah berdarah
  •  Mulut berbau
  • Gigi menjadi longgar dan jarang
  • Gusi menyusut dan gigi kelihatan memanjang
  • Nanah pada bahagian gusi

Langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk mencegah dari mendapat penyakit gusi ini adalah :
  • Berus gigi sehingga bersih dengan teknik yang betul
  • Gunakan flos untuk membersihkan celah-celah gigi
  • Gunakan berus interdental (atas arahan doktor)
  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan mulut (oral health exmaination) sekurang-kurangnya sekali setahun
  • Jauhi amalan merokok

Menyedari akan kepentingan kesedaran tentang penyakit gusi ini, pada hari Isnin, 18 November 2013, satu Kempen Promosi Kesihatan Periodontium (Gusi) Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Dewan Pavillion, Pusat Keluarga LPPKN di Seremban 2.  Aktiviti anjuran bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan dan Persatuan Periodontologi Malaysia itu bertujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang kepentingan penjagaan gusi.




Perasmian kempen disempurnakan oleh Dato' Dr.Hajah Zailan Binti Dato' Haji Adnan,
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Pengunjung yang hadir menjayakan Kempen "Sayangi Gusi Anda"



Persembahan Koir oleh Kumpulan Koir Daerah Seremban
 
Persembahan Tarian oleh anggota pergigian daerah Seremban



Kempen ini merangkumi ceramah Kesihatan Periodontium oleh Pakar Periodontik dari Seremban, pameran kesihatan, serta pemeriksaan gusi di Klinik Pergigian Bergerak. Table Clinic juga disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan khidmat nasihat secara terus daripada Pakar Periodontik yang terdiri daripada Dr Ahmad Sharifuddin B Asari, Dr Uma a/p Subramaniam dan Dr Renukanth a/l Patabi Cheta Raman.

Ceramah Kesihatan Periodontium oleh Pakar Periodontik dari Pusat Pakar Pergigian Seremban

Pasukan pameran kesihatan pergigian dari Unit Promosi Daerah Seremban

Pemeriksaan Gusi di Klinik Pergigian Bergerak

Pemeriksaan Gusi
  

Pelbagai aktiviti dan pertandingan juga telah dilangsungkan bersempena kempen ini. Di antaranya adalah Pertandingan Mencipta Pelekat Kereta, Pertandingan Melukis Poster, dan Pertandingan Gubahan Pengantin bertemakan Bahan-bahan Penjagaan Kesihatan.

Senarai pemenang Pertandingan Mencipta Pelekat Kereta dan Pertandingan Melukis Poster

Pertandingan Gubahan Pengantin bertemakan 'Barangan Penjagaan Kesihatan'


Setiap peserta juga diberi cenderahati berupa pelekat kereta yang membawa mesej 'Sayangi Gusi Anda' serta magnet edisi terhad yang ditempah khas bersempena kempen ini.


Aktiviti yang meriah dan penuh makna ini turut mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar tempatan. 

Berita Harian
 
Nanyang Siang Pau

Sinar Harian

China Press

 Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja dan pengunjung yang menjayakan kempen tersebut! ^_^