Showing posts with label berus gigi. Show all posts
Showing posts with label berus gigi. Show all posts

Friday, 11 November 2016

PERUBAHAN WARNA GIGI



Perubahan warna gigi boleh menimbulkan kebimbangan dan menjejaskan senyuman.Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak dan orang dewasa.Ia boleh dikategorikan kepada:

Perubahan Warna Gigi Dalaman Yang Mungkin Disebabkan Oleh:

  • Kerosakan gigi
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik tertentu semasa mengandung atau semasa di bawah umur 12 tahun
  • Pengambilan flourida yang berlebihan semasa kanak-kanak
  • Kecederaan gigi yang teruk
  • Gigi yang telah mati akibat trauma/karies
  • Masalah kesihatan semasa kanak-kanak seperti penyakit saluran hempedu
  • Masalah kongenital
  • Peningkatan usia
  • Faktor keturunan
 
                               Pengambilan antibiotik semasa mengandung

                                          Pengambilan flourida berlebihan

                                          Kecederaan/kerosakan gigi

                                   Gigi pesakit dengan masalah kesihatan

Perubahan Warna Gigi Luaran Yang Mungkin Disebabkan Oleh:

  • Tahap kebersihan mulut yang tidak baik
  • Makanan dan minuman seperti the,kopi,wain merah dan kola/minuman berkabonat
  • Penggunaan tembakau
  • Penggunaan bahan kumur secara berlebihan
  • Tabiat mengunyah sireh
  • Pengambilan ubat-ubatan dalam jangka masa panjang
  • Kehadiran bakteria dalam mulut

                         Perubahan warna gigi akibat pengambilan teh/kopi

                                       Tabiat mengunyah siren
                        Penggunaan bahan kumur berlebihan(chlorohexidine)

Individu yang mengalami perubahan warna gigi akan mempunyai kurang keyakinan diri !


Bolehkan Perubahan Warna Gigi Dihilangkan?

Perubahan warna gigi luaran boleh dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan manakala perubahan warna gigi dalaman memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Gigi Berubah Warna?





Berus Gigi 2 Kali Sehari











Dapatkan Pemeriksaan Gigi Secara Berkala











Elakkan Minum Kopi/Teh dan Makan Makanan Yang Boleh Merubah Warna Gigi












Hentikan Tabiat Merokok









Gunakan Ubat Pemutih Gigi Dengan Nasihat Doktor Gigi











                MOH/K/GIG/2.2016(PT)

Tuesday, 25 October 2016

NAFAS BERBAU

Anda mungkin mengalami masalah nafas berbau sekiranya orang berdekatan menjauhkan diri secara tiba-tiba,memalingkan muka atau menutup hidung semasa anda berbual.

KENAPA NAFAS ANDA BERBAU?

Keadaan Mulut Kurang Bersih

Sisa makanan dan plak tidak dibersihkan dengan baik seperti di celah-celah gigi,permukaan lidah atau gigi palsu

Terdapat Jangkitan Dalam Mulut

Contohnya kerosakan gigi,penyakit gusi, lesi mulut atau bekas cabutan gigi yang tidak sembuh.

Masalah mulut kering, tidak makan atau tidak minum untuk jangka masa yang lama dan merokok juga boleh menyebabkan nafas anda berbau

Sekiranya doktor pergigian mengesahkan anda mempunyai kesihatan pergigian yang baik, anda mungkin mengalami masalah kesihatan seperti penyakit saluran pernafasan, diabetes atau kronik sinusitis.


Ulser Mulut


Penyakit Gusi


Karies Gigi

Bekas Cabutan Gigi Yang Tidak Sembuh



APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH NAFAS BERBAU?

Jaga Kebersihan Mulut

  • Berus gigi sehingga bersih
  • Gunakan flos untuk membuang sisa makanan dan plak di celah-celah gigi
  • Bersihkan peralatan pergigian dalam mulut seperti gigi palsu atau aplians ortodontik
  • Bersihkan lidah
  • Gunakan bahan kumuran jika dinasihatkan doktor


Flos di celah-celah gigi


Bersihkan Peralatan Gigi/Aplians Dalam Mulut



Makan Secara Sihat

Pilih buah-buahan segar dan hindari makanan yang menyebabkan nafas berbau




Dapatkan Pemeriksaan Di Klinik Pergigian Sekurang-Kurangnya Sekali Setahun



Tidak Merokok

Banyakkan Minum Air Kosong ,Sekurang-Kurangnya 6 Hingga 8 Gelas Sehari.Jangan Biarkan Mulut Kering

Dapatkan Pemeriksaan Perubatan Jika Perlu


MOH/K/GIG/11.2007(PT)





Thursday, 4 July 2013

Berus gigi mahal, kalau teknik memberus gigi salah... tak berguna juga...



"Aku dah berus gigi 2 kali sehari... tapi kenapa tiap-tiap kali berus gigi pun, gusi tetap berdarah... tak faham betul laaa..."


Pernahkah anda menghalami situasi seperti di atas? Anda rajin memberus gigi, tetapi gusi anda tetap merah dan bengkak, berdarah ketika memberus, permukaan gigi terasa kasar, dan mulut berbau. Ini mungkin menandakan teknik memberus gigi anda sebenarnya salah!
Jika anda rajin memberus gigi, tetapi teknik memberus gigi salah, ia tetap tidak memberi kesan baik kepada kesihatan mulut...
Jika menggunakan berus gigi yang paling canggih di dalam dunia, tetapi teknik memberus gigi salah, gigi tetap tidak akan bersih sepenuhnya...
Jika menggunakan ubat gigi yang terbaru dan paling mahal di pasaran, tetapi teknik memberus gigi salah, kesihatan gigi dan gusi tetap akan merosot...

"Jadi apakah teknik yang betul untuk memberus gigi?"


Tekniknya mudah sahaja. Tetapi sebelum memberus gigi, ada 2 syarat utama yang anda perlu tahu.
Pertama : Pastikan anda menggunakan berus gigi berbulu lembut @ soft bristle
Kedua : Pastikan anda menggunakan ubat gigi yang mempunyai fluorida
Nah...sekarang setelah menepati syarat-syarat di atas, anda telah bersedia untuk memberus gigi.
Berikut merupakan teknik-teknik memberus gigi dengan betul
(sumber dari poster Unit Promosi Daerah Seremban)

Selain mengikut teknik yang disyorkan di dalam gambar ini, anda juga boleh meminta khidmat nasihat dari doktor dan jururawat pergigian di klinik-klinik pergigian dan program kesihatan yang dianjurkan merdekatan dengan tempat anda.

Selamat mencuba! =)