Showing posts with label gusi. Show all posts
Showing posts with label gusi. Show all posts

Tuesday, 25 October 2016

NAFAS BERBAU

Anda mungkin mengalami masalah nafas berbau sekiranya orang berdekatan menjauhkan diri secara tiba-tiba,memalingkan muka atau menutup hidung semasa anda berbual.

KENAPA NAFAS ANDA BERBAU?

Keadaan Mulut Kurang Bersih

Sisa makanan dan plak tidak dibersihkan dengan baik seperti di celah-celah gigi,permukaan lidah atau gigi palsu

Terdapat Jangkitan Dalam Mulut

Contohnya kerosakan gigi,penyakit gusi, lesi mulut atau bekas cabutan gigi yang tidak sembuh.

Masalah mulut kering, tidak makan atau tidak minum untuk jangka masa yang lama dan merokok juga boleh menyebabkan nafas anda berbau

Sekiranya doktor pergigian mengesahkan anda mempunyai kesihatan pergigian yang baik, anda mungkin mengalami masalah kesihatan seperti penyakit saluran pernafasan, diabetes atau kronik sinusitis.


Ulser Mulut


Penyakit Gusi


Karies Gigi

Bekas Cabutan Gigi Yang Tidak Sembuh



APA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH NAFAS BERBAU?

Jaga Kebersihan Mulut

  • Berus gigi sehingga bersih
  • Gunakan flos untuk membuang sisa makanan dan plak di celah-celah gigi
  • Bersihkan peralatan pergigian dalam mulut seperti gigi palsu atau aplians ortodontik
  • Bersihkan lidah
  • Gunakan bahan kumuran jika dinasihatkan doktor


Flos di celah-celah gigi


Bersihkan Peralatan Gigi/Aplians Dalam Mulut



Makan Secara Sihat

Pilih buah-buahan segar dan hindari makanan yang menyebabkan nafas berbau




Dapatkan Pemeriksaan Di Klinik Pergigian Sekurang-Kurangnya Sekali Setahun



Tidak Merokok

Banyakkan Minum Air Kosong ,Sekurang-Kurangnya 6 Hingga 8 Gelas Sehari.Jangan Biarkan Mulut Kering

Dapatkan Pemeriksaan Perubatan Jika Perlu


MOH/K/GIG/11.2007(PT)





Wednesday, 20 November 2013

"Sayangi Gusi Anda"

Penyakit periodontium atau penyakit gusi merupakan punca utama kehilangan gigi dikalangan orang dewasa. Penyakit ini merupakan jangkitan pada gusi, tulang alveolar dan struktur penyokong gigi. Punca utama penyakit periodontium ialah plak, suatu lapisan nipis mengandungi bakteria yang melekat pada permukaan gigi. Penyakit ini juga berkait rapat dengan perubahan tahap hormon semasa remaja, kehamilan atau menopos, penyakit diabetes dan tabiat merokok. 

Gusi sihat

Penyakit gusi



Antara tanda dan gejala penyakit periodontium:
  •  Gusi merah, bengkak dan mudah berdarah
  •  Mulut berbau
  • Gigi menjadi longgar dan jarang
  • Gusi menyusut dan gigi kelihatan memanjang
  • Nanah pada bahagian gusi

Langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk mencegah dari mendapat penyakit gusi ini adalah :
  • Berus gigi sehingga bersih dengan teknik yang betul
  • Gunakan flos untuk membersihkan celah-celah gigi
  • Gunakan berus interdental (atas arahan doktor)
  • Dapatkan pemeriksaan kesihatan mulut (oral health exmaination) sekurang-kurangnya sekali setahun
  • Jauhi amalan merokok

Menyedari akan kepentingan kesedaran tentang penyakit gusi ini, pada hari Isnin, 18 November 2013, satu Kempen Promosi Kesihatan Periodontium (Gusi) Peringkat Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus telah diadakan di Dewan Pavillion, Pusat Keluarga LPPKN di Seremban 2.  Aktiviti anjuran bersama Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sembilan dan Persatuan Periodontologi Malaysia itu bertujuan mendedahkan kepada orang ramai tentang kepentingan penjagaan gusi.




Perasmian kempen disempurnakan oleh Dato' Dr.Hajah Zailan Binti Dato' Haji Adnan,
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Pengunjung yang hadir menjayakan Kempen "Sayangi Gusi Anda"



Persembahan Koir oleh Kumpulan Koir Daerah Seremban
 
Persembahan Tarian oleh anggota pergigian daerah Seremban



Kempen ini merangkumi ceramah Kesihatan Periodontium oleh Pakar Periodontik dari Seremban, pameran kesihatan, serta pemeriksaan gusi di Klinik Pergigian Bergerak. Table Clinic juga disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan khidmat nasihat secara terus daripada Pakar Periodontik yang terdiri daripada Dr Ahmad Sharifuddin B Asari, Dr Uma a/p Subramaniam dan Dr Renukanth a/l Patabi Cheta Raman.

Ceramah Kesihatan Periodontium oleh Pakar Periodontik dari Pusat Pakar Pergigian Seremban

Pasukan pameran kesihatan pergigian dari Unit Promosi Daerah Seremban

Pemeriksaan Gusi di Klinik Pergigian Bergerak

Pemeriksaan Gusi
  

Pelbagai aktiviti dan pertandingan juga telah dilangsungkan bersempena kempen ini. Di antaranya adalah Pertandingan Mencipta Pelekat Kereta, Pertandingan Melukis Poster, dan Pertandingan Gubahan Pengantin bertemakan Bahan-bahan Penjagaan Kesihatan.

Senarai pemenang Pertandingan Mencipta Pelekat Kereta dan Pertandingan Melukis Poster

Pertandingan Gubahan Pengantin bertemakan 'Barangan Penjagaan Kesihatan'


Setiap peserta juga diberi cenderahati berupa pelekat kereta yang membawa mesej 'Sayangi Gusi Anda' serta magnet edisi terhad yang ditempah khas bersempena kempen ini.


Aktiviti yang meriah dan penuh makna ini turut mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar tempatan. 

Berita Harian
 
Nanyang Siang Pau

Sinar Harian

China Press

 Syabas dan tahniah kepada semua warga kerja dan pengunjung yang menjayakan kempen tersebut! ^_^