Thursday, 8 August 2013

"Doktor, FLOS itu apa???"

Sepanjang kerjaya saya sebagai doktor gigi selama 5 tahun, pelbagai komen dan pertanyaan pesakit telah saya dengari. Akan tetapi, antara komen pesakit yang agak mengejutkan adalah "Doktor, flos tu apa?"
 

Soalan pesakit tersebut telah mengejutkan saya dari lamunan yang panjang. Rupa-rupanya rutin pembersihan gigi di kalangan rakyat Malaysia masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan. Kebanyakan dari rakyat Malaysia (saya berani mengatakan lebih dari separuh) tidak pernah memflos gigi mereka, malahan ada yang tidak pernah mendengar istilah 'flos'. Jika ada yang tahu, kebanyakan dari mereka hanya memflos gigi jika ada makanan terselit di celah-celah gigi sahaja.
Soalnya sekarang, mengapakah situasi ini wujud di negara kita? Jika kita lihat situasi di negara-negara maju, pemflosan gigi merupakan rutin harian yang dilakukan ketika membersihkan gigi selain dari memberus gigi. Malahan amalan memflos gigi telah didedahkan sejak dari tadika lagi.
Di negara ini, banyak cabaran yang perlu kami, warga pergigian hadapi untuk meningkatkan promosi kesihatan pergigian kepada orang awam.
Ramai yang masih tidak memahami kepentingan amalan flos gigi, Saya sering menasihati pesakit-pesakit saya "Puan, flos gigi ni penting. Kalau kita hanya berus gigi tanpa flos gigi, saya boleh ibaratkan sama seperti kita mandi, tetapi hanya mandi badan. Kaki dan tangan tidak dibersihkan langsung. Kalau mandi begitu, bersih tak?" Bila diberi perbandingan begitu, kebiasaannya pesakit lebih mudah memahami dan membayangkan kepentingan flos gigi ini,
Selain itu, saya akan menunjukkan model karies gigi (karies interproksimal) kepada pesakit. "Cuba encik lihat, bahagian di antara 2 gigi rapat kan? Bahagian inilah yang mudah terjadi karies kerana ruang tersebut tidak dapat dibersihkan oleh berus gigi. Jadi kita perlu flos untuk membersihkan ruang-ruang ini." Dengan bantuan model karies gigi tersebut, pesakit lebih mudah memahami penjelasan saya. 
Antara cabaran yang dihadapi oleh pesakit pula ialah memahirkan diri dengan teknik flos yang betul. Ya, saya mengakui, flos gigi agak sukar sedikit terutaman kepada orang yang baru hendak belajar flos. Tetapi, alah bias tegal biasa! Jadikan flos ini satu rutin harian, lama kelamaan flos akan menjadi mudah semudah memberus gigi. Di pasaran kini juga terdapat pelbagai jenis flos. Selain flos biasa, terdapat flos bertangkai yang memudahkan kita memflos gigi.
Untuk rujukan anda semua, saya sertakan satu teknik flos bergambar (sumber dari poster Unit Promosi Daerah Seremban). Teknik yang ditunjukkan dalam gambar tersebut merupakan teknik yang disarankan dari beberapa teknik yang wujud.

Selamat Mencuba! =)

Thursday, 18 July 2013

Video Teknik Memberus Gigi



Untuk kanak-kanak, teknik tersebut diubahsuai sedikit, menepati kecekapan tangan kanak-kanak. Saksikan video demonstrasi teknik memberus gigi untuk kanak-kanak di bawah.


Thursday, 11 July 2013

Teknik Pemilihan Berus Gigi

Berikut merupakan infografik tentang teknik memilih berus gigi yang baik untuk memastikan tahap pembersihan gigi yang optimum selain dari teknik memberus gigi yang betul.


Thursday, 4 July 2013

Berus gigi mahal, kalau teknik memberus gigi salah... tak berguna juga...



"Aku dah berus gigi 2 kali sehari... tapi kenapa tiap-tiap kali berus gigi pun, gusi tetap berdarah... tak faham betul laaa..."


Pernahkah anda menghalami situasi seperti di atas? Anda rajin memberus gigi, tetapi gusi anda tetap merah dan bengkak, berdarah ketika memberus, permukaan gigi terasa kasar, dan mulut berbau. Ini mungkin menandakan teknik memberus gigi anda sebenarnya salah!
Jika anda rajin memberus gigi, tetapi teknik memberus gigi salah, ia tetap tidak memberi kesan baik kepada kesihatan mulut...
Jika menggunakan berus gigi yang paling canggih di dalam dunia, tetapi teknik memberus gigi salah, gigi tetap tidak akan bersih sepenuhnya...
Jika menggunakan ubat gigi yang terbaru dan paling mahal di pasaran, tetapi teknik memberus gigi salah, kesihatan gigi dan gusi tetap akan merosot...

"Jadi apakah teknik yang betul untuk memberus gigi?"


Tekniknya mudah sahaja. Tetapi sebelum memberus gigi, ada 2 syarat utama yang anda perlu tahu.
Pertama : Pastikan anda menggunakan berus gigi berbulu lembut @ soft bristle
Kedua : Pastikan anda menggunakan ubat gigi yang mempunyai fluorida
Nah...sekarang setelah menepati syarat-syarat di atas, anda telah bersedia untuk memberus gigi.
Berikut merupakan teknik-teknik memberus gigi dengan betul
(sumber dari poster Unit Promosi Daerah Seremban)

Selain mengikut teknik yang disyorkan di dalam gambar ini, anda juga boleh meminta khidmat nasihat dari doktor dan jururawat pergigian di klinik-klinik pergigian dan program kesihatan yang dianjurkan merdekatan dengan tempat anda.

Selamat mencuba! =)

Thursday, 20 June 2013

Direktori Klinik Pergigian Negeri Sembilan (updated 26.02.16)

BIL

NAMA KLINIK

TELEFON

 

JABATAN KESIHATAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN

1

Bahagian Kesihatan Pergigian, JKNNS

06-7664800

 

 

 

 

SEREMBAN

2

Klinik Pakar Pergigian, Hospital Tuanku Jaafar Seremban

06-7685141

3

Pusat Pakar Pergigian Daerah Seremban

06-7623071

4

Klinik Pergigian Seremban (Jalan Rasah)

06-7614663

5

Klinik Pergigian Seremban 2

06-6033793

6

Klinik Pergigian Senawang

06-6766901

7

Klinik Pergigian Ampangan

06-6777389

8

Klinik Pergigian Sikamat

06-7613076

9

Klinik Pergigian Mantin

06-7581285

10

Klinik Pergigian Lenggeng

03-87660642

11

Klinik Pergigian Rantau

06-6940095

12

Klinik Pergigian Nilai

06-8504016

13

Klinik Pergigian Kuaters KLIA

06-7912848

14

Klinik Pergigian Sendayan

06-7922073 (KK)

 

 

 

 

KUALA PILAH

15

Klinik Pakar Pergigian, Hospital Tuanku Ampuan Najihah

06-4818001

16

Klinik Pergigian Besar Kuala Pilah

06-4811101

17

Klinik Pergigian Kuala Pilah

06-4843211

18

Klinik Pergigian Johol

06-4369785

19

Klinik Pergigian Juasseh

06-4985693

20

Klinik Pergigian Padang Lebar

06-4982085

 

 

 

 

JELEBU

21

Klinik Pergigian Jelebu

06-6136293

22

Klinik Pergigian Pertang

06-4941208

23

Klinik Pergigian Petaling

06-6136258

24

Klinik Pergigian Simpang Durian

06-4914019

 

 

 

 

TAMPIN

25

Klinik Pergigian Tampin

06-4411642

26

Klinik Pergigian Gemas

07-9483136

27

Klinik Pergigian Gemencheh

06-4317707

28

Klinik Pergigian Air Kuning

06-4479851

29

Klinik Pergigian Jelai

06-4348301

 

 

 

 

JEMPOL

30

Klinik Pergigian Bandar Sri Jempol

06-4584686

31

Klinik Pergigian Bahau

06-4541349

32

Klinik Pergigian Palong 4,5,6

06-4666743

33

Klinik Pergigian Palong 7, 8

06-4646398

34

Klinik Pergigian Palong 9,10,11

06-4668419 (KK)

35

Klinik Pergigian Lui Muda

06-4691003 (KK)

36

Klinik Pergigian Serting Hilir

06-4683829 (KK)

 

 

 

 

PORT DICKSON

37

Klinik Pergigian Port Dickson

06-6461848

38

Klinik Pergigian Linggi

06-6979515

39

Klinik Pergigian Bukit Pelandok

06-6581590

40

Klinik Pergigian Lukut

06-6511951

41

Klinik Pergigian Pasir Panjang

06-6610664

 

 

 

 

REMBAU

42

Klinik Pergigian Rembau

06-6858612

43

Klinik Pergigian Pedas

06-6851263

44

Klinik Pergigian Astana Raja

06-4381514

 

 

 

(KK = Klinik Pergigian tiada nombor telefon. Nombor telefon yang tertera merupakan nombor telefon Klinik Kesihatan berhampiran)

*Data sehingga 24 Februari 2016

Wednesday, 22 May 2013

Salam 1 Malaysia




Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Bersempena dengan Bengkel Pembinaan Sosial Wadah Promosi Kesihatan Pergigian : Facebook, Blog & YouTube, dengan ini maka terhasillah blog rasmi bagi Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.
Dengan terhasilnya blog ini, pelbagai informasi berkenaan kesihataan pergigian akan dipaparkan dan diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh warga siber.
Segala cadangan dan teguran adalah dialu-alukan untuk penambahbaikan blog ini dari semasa ke semasa.
.:: Senyuman Manis, Hati Tertawan ::.